Tarikh: 31 January
2015
Tempat: Pasaraya Farley
Masa: 9.00 – 9.30 malam
Sesi temu bual bersama Mr. Sia
Temu bual pada kali ini adalah bagi membincangkan tentang
sumber manusia atau Human Resource (HR).
Bagi pasaraya Farley ini, mereka menggunakan pendekatan seperti berikut
untuk mencari pekerja:
- Jika ada kekosongan di dalam setiap bahagian maka iklan berkaitan kerja berkenaan akan dikeluarkan dengan cara pengiklanan di surat khabar dan notis akan dilekatkan di dalm pasaraya itu sendiri.
- Pasaraya ini jarang menggunakan pengiklanan menggunakan internet untuk mencari pekerja.
Menurut sumber yang ditemu bual pencarian setiap pekerja
baru melibatkan banyak bahagian atau jabatan. Namun setipa jawatan yang ingin
dipohon bagi setiap bahagian ianya perlu melalui peringkat sumber manusia
terlebih dahulu sebelum diambil alih oleh bahagian atau jabatan yang berkaitan.
Selain itu, kekosongan kerja yang ditawaran biasanya akan diisi atau dipenuhi
oleh mereka yang bukan berasal dari daerah Bintulu ( biasanya luar dari
Bintulu).
MASALAH
- Jika wujudnya masalah dikalangan para pekerja maka masalah tersebut akan dirujuk kepada manager bagi setiapa bahagian terlebih dahulu namun jika tiada penyelesaian di peringkat tersebut maka masalah tersebut akan di bawa ke peringkat atasan.
- Jika masalah yang timbul di rujuk kepada pihak atasan maka tindakan yang lebih keras akan diambil (masalah negative) dan berkemungkinan pekerja tersebut akan :-
- Di buang kerja,
- Di gantung kerja,
- Di potong gaji bulanan
GAJI
- RM 800 Sebulan (gaji biasa)
- RM 900 – RM 1000 sebulan (pretasi baik @ meningkat)
MASA BEKERJA
- Di pasaraya ini setiap pekerja berkerja mengikut :-
- Peralihan (7.00 pagi - 2.30 petang) dan (2.30 petang - 10.00 malam)
- Pekerja pejabat (8.00 pagi - 5.00 petang)
SYARAT KELAYAKAN
- Mempunyai kemahiran.
- Mempunyai potensi ingin berkerja.
KEBAJIKAN YANG DISEDIAKAN
- Klinik panel (jika berlaku masalah kesihatan)
- Kenderaan (untuk pergi dan pulang dari tempat kerja)
- SOCSO
- Cuti Sakit
PENGALAMAN YANG DIKONGSI
Menurut sumber lagi, pengalaman beliau semasa bekerja di
bahagian Sumber Manusia (HR) ini,adalah kerjanya amat mencabar kerana perlu
memahami setiap ragam manusi kerana setiap orang mempunyai fikiran atau cara
yang berbeza dan katanya lagi kita perlu bertenang dalam menyelesaikan sesuatu
masalah dan perlu belajardari setiap kesilapan yang dilakukan.
Rujukan :
Mr. Sia
By: S19263
Rujukan :
Mr. Sia
By: S19263
No comments:
Post a Comment