Friday, 27 February 2015

SUMBER MANUSIA ~ BINTULU DEVELOPMENT AUTHORITY (BDA)


Tarikh: 19 FEB 2015 
Tempat : Bintulu Development Authority (BDA)
Masa: 10.30 –  11.30 pagi

Sesi temu bual bersama Bintulu Development Authority (BDA)









Nama Pegawai : Puan Hajjah Maimunah
Jawatan : Pengurus Bahagian Sumber Manusia

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah ditubuhkan berikutan penemuan rizab gas asli dan minyak yang banyak di luar pantai Bintulu. Pembangunan sumber asli ini membolehkan BDA menjadi badan utama bukan sahaja menyelaras projek-projek pembangunan tetapi juga boleh melaksanakan projek-projek sendiri. Oleh itu, pada 8 Julai 1978, BDA telah ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi tersebut.

Di bawah Ordinan Lembaga kemajuan Bintulu (BDA) 1978, BDA ditubuhkan sebagai agensi kerajaan untuk menjaga perancangan fizikal dan pembangunan di Bintulu, Sarawak. Kawasan persempadanan BDAmeliputi keseluruhan bahagia Bintulu seluas 12,515 sq. kmtermasuk 5 km di luar pantaui Bintulu. ia terdiri dari dua daerah iaitu : Bintulu dan Tatau.

VISI 

Bintulu Bandar yang mesra menjelang 2020.






OBJEKTIF

  • Untuk menggalakkan, merangsang, memudah dan menjanakan pembangunan ekonomi dan sosial.
  • Untuk menggalak dan menyelaras selanjutnya pembangunan industri dan pembangunan tertiari
  • Untuk menggalak, membangun dan menguruskan tempat kediaman dan estet perindustrian
  • Untuk menggalak, membantu dan membangunkan perniagaan
  • Untuk menggalak dan meningkatkan produktiviti industri dan memastikan penggunaan sepenuhnya sumber asli
  • Untuk menyedia kemudahan dan ameniti bagi kemajuan dan kepentingan sosial dan fizikal mereka yang bekerja dan menetap di kawasan persempadanan BDA
  • Untuk membuat rekomendasi kepada Ketua Menteri tentang perkara-perkara dan langkah-langkah yang ia fikir berfaedah demi meningkat perdagangan dan pembangunan; dan
  • Untuk melaksanakna fungsi-fungsi lain seperti yang diarah oleh Ketua Menteri dari masa ke semasa.


Semasa sesi temu bual ini dijalankan kami dimaklumkan bahawa skim perkhidmatan di BDA ini adalah mengikut skim perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

    1. SYARAT KELAYAKAN:


  • Berumur 17 – 20 tahun (SPM & Diploma)
  • Berumur 41 tahun dan keatas (Ijazah)
  • Warganegara Malaysia
  • Memnuhi kriteria minumun bagi setiap jawatan


     2.  CARA MEMENUHI KEKOSONGAN JAWATAN

Melalui :-

  • Iklan dalaman (dalam BDA)
  • Surat Khabar  (hanya pada hari Sabtu & Ahad)
  • Website (setiap masa jiak ada kekosongan)


Pengiklanan dalaman dijalankan untuk mengambil pekerja yang sedia ada untuk menggantikan kekosongan tersebut. Selain itu, pengiklanan di surat khabar hanya dijalankan pada hari minggu kerana menurut beliau bahawa mereka menyasarkan bahawa ramai pembeli akan membeli dan membaca surat khabar pada hari-hari minggu. Seterusnya, penyebaran atau pengiklanan dari website ini digunakan kerana ianya mudah dan tidak dikenakan sebarang caj atau pembayaran dan boleh dipapar setiapa masa.

     3. Syarat-syarat mengisi kekosongan bagi jawtan tetap dan sementara.

  • Perlu menjalani latihan selama 42 jam dalam tempoh 1 tahun.(kursus,seminar dan ceramah)
  • Bekerja sekuranya-kuranya selama 2 Tahun.
  • Jika pretasi baik dan meningkat maka dalam tempoh 3 tahun akan diserap sebagai pekerja tetap.

     4.  KEBAJIKAN PEKERJA YANG DISEDIAKAN:

  • Rawatan kesihatan
  • Caruman KWSP
  • Simpanan Pencen
  • Insurans Kemalangan
  • Pinjaman Pembelian Barang ( seperti peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya)
  • Cuti Rehat (25 hari setahun)
  • Wang ihsan (jika berlaku kematian) untuk pengurusan jenazah
  • Cenderahati (sempena ulang tahun perkahwinan)
  • Cenderahati (sempena perersaraan)
  • Bonus ( berdasarkan bonus yang ditetapkan oleh pihak JPA)       

     5.   GAJI

  • Pemberian gaji adalah sama berdasarkan JPA
  • Gaji akan diberi seminggu awal jika musim perayaan termasuk hari gawai. (25 hb)
  • Jika bekerja lebih masa, maka gaji akan dibayar mengikut lebihan masa berkerja tersebut.

     6. KENAIKAN PANGKAT
Kenaikan pangkat adlah berdasarkan :

  • Senioriti
  • Tahap prestasi
  • Atau kedua-duanya


Tempoh perkhidmatan yang paling lama di BDA ini adalah selama 55 hingga ke 56 tahun. Tetapi pada masa kini mandatory adalah 60 tahun. Namun persaraan lebih awal boleh dilakukan dan ianya dipanggil sebagai persaraan pilihan.


     7. MASALAH YANG SERING DIHADAPI (dalam kalangan pekerja)

  • Merungut jika arahan yang diberikan salah.
  • Tidak suka bertanya jika tidak memehami sesuatu perkara.
  • Suka membuat keputusan sendiri.

     8. PENYELESAIAN

  • Biasanya masalah yang berlaku di kalangan pekerja ini akan diuruskan oleh Penyelia bagi setiap Jabatan dan penyelia perlu memaklumkan kepada pengurus

      9. KEKOSONGAN JAWATAN

  • Kekosongan jawatan di BDA ini adalah pada bahagian pengwal keselamatan dan juga pada bahagian memungut sampah.

      10. ETIKA BERKERJA
Pekerja akan diberi taklimat tentang etika pemakaian semasa berada di pejabat:-

  • Berpakaian sopan
  • Memakai baju batik (setiap hari khamis)
  • Dibenarkan memakai T-shirt atau uniform 5s pada setiap petang jika ada aktiviti yang dijalankan (pekerja pejabat sahaja).

        11. TINDAKAN DISIPLIN

  • Tindakan disiplin akan dikenakan jiika:
  • Tidak hadir bertugas (ordinan 7 hari berturut-turut)

Bagi kes disiplin ini maka penyelia akan mengambil tindakan disiplin dan mendengar alasan yang diberikan. Jika alasan yang diberikan adalah munasabah maka akan diterima dan hanya diberi amaran. Jika alasan yang diberikan tidak munasabah maka pekerja tersebut akan diberikan surat dan diberhentikan.


PENGALAMAN YANG DIKONGSI
Sepanjang beliau menjawat jawatan pengurus di bahagian sumber manusiia ini, sikap yang perlu ada adalah, kita mesti sentiasa:

  • Jujur
  • Bertanggungjawab
  • Pandai menyimpan rahsia
  • Bertahan untuk terima kritikan
  • Berintergriti dan
  • Professional


LAMPIRAN :










Rujukan:
www.bda.gov.my/
Puan Hajjah Maimunah (Pengurus Sumber Manusia)

By :S19263






No comments:

Post a Comment