Saturday, 28 February 2015

OPERASI ~ JABATAN PERTANIAN

Tarikh: 15 Jan 2015 
Tempat: Jabatan Pertanian ( Bintulu) 
Masa: 8.00 – 9.45 pagi

Sesi temu bual bersama Jabatan Pertanian (Bintulu)





Nama Pegawai : Khairulnieza
Jawatan : Pegawai Perikanan di Jabatan Pertanian

Sesi temu bual ini dijalankan bagi mengetahui tentang operasi ikan tilapaia yang syarikat kami jalankan.

Jabatan Pertanian berfungsi untuk :-
  • Memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
  •  Menguatkuasa akta-akta yang menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara dari ancaman perosak dan penyakit luar serta memudahkan perdagangan antarabangsa.

Menurut pegawai yang ditemu bual ikan tilapia ini tidak banyak diternak dikawasan Bintulu namun ianya banyak diternak dikawasan Batang Air dan juga Sri Aman. Di Bintulu, projek penternakan ikan Tilapia sedang dalam proses permulaan namun menurutnya lagi ikan tilapia ini mendapat permintaan yang ringgi di pasaran Bintulu. Oleh yang demikian Jabatan Pertanian telah mengambil beberapa tindakan  untuk meningkatkan penternakan ikan Tilapia di Bintulu antaranya:

 TINDAKAN JABATAN PERTANIAN:
  • Membuat penternakan ikan tilapia secara komersial
  • Memperkenalkan kepada umum tentang cara untuk menternak ikan tilapia

BANTUAN YANG DISEDIAKAN:
  • Bantuan kewangan
  • Bantuan pinjaman barangan
  • Bantuan anak benih ikan
  • Bantuan khidmat nasihat dari Pegawai yang bertanggungjawab
  • Perkhidmatan kursus

SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON :
  • Berdaftar dengan Jabatan Pertanian
  • Mempunyai lessen (lessen kolam)

Lampirkan :-
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil pendaftaran syarikat(jika ada)
  • Gambar bersaiz passport
Rujukan:
Jabatan Pertanian 

By: S19263




No comments:

Post a Comment