Saturday, 28 February 2015

KESIMPULAN KESELURUHAN PROJEK

Selepas menjalani beberapa temu bual bersama mereka yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang masing-masing. Kumpulan kami telah memperoleh banyak perkongsian untuk menjalankan projek perniagaan terutamanya dalam bidang Penternakan Ikan tilapia.

Perkongsian bagi projek penternakan ikan Tilapia dari segi OPERASI, PEMASARAN, KEWANGAN & SUMBER MANUSIA adalah seperti berikut:

OPERASI

Setiap perniagaan syarikat  yang dijalankan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jadi kami akan memohon lessen daripada Pejabat Residen  (BINTULU) untuk mendapatkan kebenaran menjalakan perniagaan ini.

Selain itu, dalam menjalankan perniagaan ikan tilapia ini kriteri-kriteria berikut mesti dipenuhi:

i. Suhu air = 20-35 darjah celcius
 ii. pH air = 6-8
iii. Oksigen terlarut = lebih dari 2.5 ppm
 iv. Karbon dioksida = kurang dari 2.5 ppm
 v. Ammonia = kurang dari 1.0 ppm
 vi. Kemasinan = 0-20 ppt

Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan juga turut menyediakan bantuan dari segi operasi bagi penternakan Tilapia ini. Antaranya :

BANTUAN YANG DISEDIAKAN:
  • Bantuan kewangan
  • Bantuan pinjaman barangan
  • Bantuan anak benih ikan
  • Bantuan khidmat nasihat dari Pegawai yang bertanggungjawab
  • Perkhidmatan kursus

Jadi bagi operasi untuk perniagaan ikan Tilapia ini kami memilih Jabatan Pertanian untuk memohon bantuan dalam Operasi penternakan ikan Tilapia.

PEMASARAN

Bagi pemasaran ikan Tilapia ini kami menggunakan pelbagai cara untuk memasarkan produk kami. Namun sebelum ianya dilaksanakan kami akan mengkaji tentang 4P’s terlebih dahulu iaitu Product,Place,Price & Promotion kerana fffaaaktor ini merupakan factor yang penting dalam pemasaran sesuatu produk.

Kami juga turut menggunakan teknik pemasaran seperti :-
  • Pengiklanan melalui banner
  • Pemphlet
  • Internet dan
  • Worth of Mounts (WOM)


Contoh banner dan pamphlet bagi perniagaan kami



contoh banner untuk pasaran produk kami

contoh pamphlet bagi pemasaran kami



Harga bagi produk kami adalah mengikut Gred ikan itu sendiri iaitu seperti berikut:
  • Gred A =   RM 9.00/kg.
  • Gred B =   RM 7.00/kg dan
  • Gred C   =  RM5.00/kg.

KEWANGAN

Bagi kewangan untuk syarikat kami. Kami akan memohon batuan  daripada pihak Amanah Ikhtiar Malayia (AIM).
Kerana bantuan yang paling maksimun akan diberikan adalah sebanyak 20,000. Tempoh pembayaran balik juga adalah mengikut pilihan yang kita tetapkan iaitu  dalam tempoh 12, 25, 35, 50, 75, 100, 125, 150 atau setiap 6 bulan atau sekaligus.



SUMBER MANUSIA

Bagi pengurusan sumber manusia pula pihak kami akan menitik beratkan tentang kemudahan dan kebajikan pekerja seperti :
  • Rawatan kesihatan (jika sakit)
  • Tempat tinggal
  • Caruman KWSP
  • Wang ihsan (jika berlaku kematian) untuk pengurusan jenazah
  • Bonus ( jika bekerja lebih masa)

 GAJI
  1. Pemberian gaji adalah mengikut jam.
  • contoh 1 jam RM 4.60
  • tempoh bekerja 11 jam  = RM50.6
  • Gaji akan diberi setiap 1 minggu bekerja.
     2. Pemberian Bonus jika bekerja lebih masa.


CIRI-CIRI PEKERJA
  • Berminat untuk berkerja
  • Rajin
  • Bertanggungjawab (datang awal ke tempat kerja)






No comments:

Post a Comment