Tuesday, 24 February 2015

PERBINDA [Perlesenan]

Temuramah bersama pegawai perlesenan (Perbinda)

Nama pegawai: Puan Jaihan binti Bujang



Sesi bergambar setelah menemuramah Puan Jaihan binti Bujang


Setelah membuat temubual bersama pegawai perlesenan, kami telah dapat beberapa maklumat yang boleh dikongsikan bersama. Antaranya ialah:

Dokumen-dokumen yang perlu ada sebelum membuat lesen perniagaan kecil-kecilan bagi setiap premis.
i)   Salinan IC
ii) 2 foto (saiz passport)
iii) Locality plan
- Bagaimana jalan untuk pergi ke premis menggunakan jalan besar
iv) Perjanjian jual beli/ kontrak (jika sewa daripada orang lain)
v)   Salinan dokumen berdaftar daripada pejabat daerah

Bayaran yang dikenakan kepada setiap premis

-          Premis makanan- RM 240.00/ setahun
-          Premis minuman- RM 240.00/ setahun
-          Premis gerai makanan- RM 180.00/ setahun

Sebagai contoh:-

- Kedai ‘Easy go Easy Drink’ dikenakan bayaran sebanyak RM 240.00
- Kedai Refa dikenakan bayaran sebanyak RM 660.00 setahun kerana mempunyai 3 perniagaan dalam 1 premis iaitu premis makanan, premis air, premis gerai makanan (roti canai)

*Bagi majlis besar-besaran seperti ‘festival laying-layang’, gerai akan diberi sewa dengan harga yang berbeza.

Notis pemberitahuan pembayaran
  1. Pihak perlesanan tidak akan memberi sebarang notis pembayaran kepada premis.
  2. Pihak premis perlu memberitahu pegawai perlesanan untuk menyatakan bahawa premis sudah tidak beroperasi.

*Tempoh sah lesen perniagaan adalah selama setahun sahaja.

  
Penggredan premis
  • Penggredan dinilai daripada kebersihan di dalam kedai terutamanya dari segi tandas dan dapur. Ia juga meliputi kebersihan di kawasan depan premis dan sekitar ruang dalaman premis.

Terdapat 3 gred yang dinilai iaitu gred A, gred B, dan gred C. Gred A merupakan yang paling baik antara yang lain.
Rampasan premis boleh berlaku disebabkan beberapa aspek iaitu:-

i)                    Kebersihan premis terlalu kotor
ii)                  Mengganggu ketenteraman awam
iii)                Menggunakan tanah hak milik orang lain


by: S 19650

No comments:

Post a Comment