Sunday, 18 January 2015

PERBINCANGAN AHLI KUMPULAN

Tarikh: 17 Januari 2015
Tempat: Kolej Kediaman 2 (KK2)
Masa: 9.30 –  11.00 Malam

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincankan lokasi temu bual yang seterusnya dan membuat beberapa soalan bagi persedian sebelum sesi temu bual dijalankan. Padaperbincangan kali ini kami telah bersepakat untuk memilih Pejabat Residen sebagai lokasi temu bual berkaitan Pendaftaran Perniagaan.
Kami juga turut membincangan tentang permohonan carian nama syarikat:

PERMOHONAN CARIAN NAMA SYARIKAT
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

Akta Syarikat 1965 (Akta) memperuntukkan bahawa sebelum sebuah syarikat atau pertukaran namanya didaftarkan, nama atau nama baru yang dicadangkan bagi syarikat itu hendaklah terlebih dahulu diluluskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan atau Pendaftar Syarikat terlebih dahulu.

Peruntukan statutori terkandung di bawah seksyen 22 Akta yang memperuntukkan :

  1. Kecuali dengan kebenaran Menteri, sesebuah syarikat tidak boleh didaftarkan dengan nama yang, pada pendapat Pendaftar, tidak dikehendaki, atau suatu jenis nama, yang Menteri telah mengarahkan Pendaftar supaya tidak menerima untuk pendaftaran.
  2. Menteri hendaklah menyebabkan suatu arahan yang diberikan olehnya di subseksyen (1) diterbitkan dalam Warta.Warta Kerajaan Bil. 716 bertarikh 30 Januari 1997 dan Warta (Pindaan) bertarikh 11 Oktober 2001.
  3. Sesebuah syarikat hendaklah mempunyai perkataan “Berhad” atau singkatan “Bhd.” sebagai sebahagian dan di akhir nama syarikat itu.
  4. Sebuah syarikat persendirian hendaklah mempunyai perkataan “Sendirian” atau Singkatan “Sdn.” sebagai sebahagian dari namanya, dimasukkan sebelum perkataan “Berhad” atau sebelum singkatan “Bhd.” atau bagi syarikat tak berhad, pada akhir namanya.
  5. Adalah sah untuk menggunakan dan tiada perihal sebuah syarikat akan disifatkan tidak mencukupi atau tidak betul dengan sebab penggunaan

          (a) singkatan “Sdn.” sebagai ganti “Sendirian” yang terkandung dalam nama syarikat;
          (b) singkatan “Bhd.” sebagai ganti perkataan “Berhad” yang terkandung dalam nama syarikat;
           (c) mana-mana perkataan tersebut sebagai ganti singkatan yang sama yang terkandung dalam nama sebuah syarikat
     6.   Sebelum pendaftaran
           (a)     sebuah syarikat yang dicadangkan atau syarikat asing; atau
           (b)     pertukaran nama syarikat atau syarikat asing.

Pemohon pendaftaran hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan kepada Pendaftar suatu carian tentang sama ada nama yang dicadangkan bagi syarikat atau syarikat asing itu boleh digunakan atau untuk dirizabkan nama itu, jika boleh digunakan. Sila rujuk Warta Kerajaan Bil. 716 bertarikh 30 Januari 1997, Warta (Pindaan) bertarikh 11 Oktober 2001, Garis Panduan Menamakan Syarikat dan Panduan Permohonan Nama Syarikat.

Peruntukan yang sama yang terpakai bagi syarikat asing adalah subseksyen 341(1) Akta.
Berdasarkan peruntukan tersebut, dalam mempertimbangkan sesuatu permohonan nama syarikat, Pendaftar Syarikat adalah tertakluk kepada larangan atau sekatan berikut:

  • larangan-larangan mengenai penggunaan nama yang termasuk dibawah Arahan Menteri Warta Kerajaan Bil. 716 bertarikh 30 Januari 1997 dan Warta (Pindaan) bertarikh 11 Oktober 2001; dan
  • apa jua nama yang, pada pendapat Pendaftar, adalah tidak diingini (undesirable).

Rujukan :
http://www.ssm.com.my/


By: S19263

No comments:

Post a Comment