Saturday, 10 January 2015

OPERASI ~ JABATAN PERIKANAN

Tarikh: 10 Januari 2015 (MINGGU KETUJUH)
Tempat: Kolej Kediaman 2 (KK2)
Masa: 10.00 – 10.30 pagi

Sesi temubual bersama Jabatan Perikanan (perbualan melalui telefon). Temubual ini dijalankan melalui perbualan telefon bersama Encik Hazizi (penolong pegawai pejabat Perikanan). Temubual ini dijalankan melalui telefon atas permintaan En. Hazizi sendiri. Selain itu, dalam temubual kali ini kumpulan kami lebih bertanyakan soalan yang berkaitan dengan penjagaan kolam seperti cara penternakan yang sesuai bagi ikan tilapia (operasi kolam) dan berkaitan bantuan yang diberikan kepada penternak akuakultur (kewangan/peralatan/lain-lain). Perkara pertama yang perlu ada untuk menjalankan penternakan ikan tilapia adalah sumber air bagi penyaluran air di dalam kolam. Sumber air ini adalah penting untuk memastikan tiada gangguan bekalan air yang akan berlaku semasa penternakan ikan tilapia dijalankan. Selain itu, sumber air juga penting untuk memastikan sumber air yang akan disalurkan memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan dalam penternakan ikan tilapia.

Kriteria air yang sesuai untuk penternakan ikan tilapia :-
 i. Suhu air = 20-35 darjah celcius
 ii. pH air = 6-8
iii. Oksigen terlarut = lebih dari 2.5 ppm
 iv. Karbon dioksida = kurang dari 2.5 ppm
 v. Ammonia = kurang dari 1.0 ppm
 vi. Kemasinan = 0-20 ppt

Menurut beliau juga sebelum penternakan ikan tilapia ini dijalankan, sampel air yang akan digunakan untuk penternakan ikan tilapia ini harus dihantar ke jabatan perikanan terlebih dahulu bagi memastikan sumber air yang digunakan adalah sesuai. Seterusnya, adalah proses penyediaan/pembinaan kolam. Bagi penternakan ikan tilapia, kedalaman kolam yang paling sesuai adalah antara 4 sehingga 5 kaki. Selain itu, menurutnya lagi sebelum air diisikan ke dalam kolam, permukaan kolam tersebut mestilah ditabur dengan kapur supaya dapat mengurangkan kadar keasidan tanah dan dapat meningkatkan pH air selain daripada dapat menghapuskan parasit yang terdapat pada permukaan kolam tersebut. Setelah permukaan kolam ditabur dengan kapur ianya akan dibiarkan dalam tempoh masa 2 minggu.

Seterusnya, proses penakungan air akan dijalankan dan benih ikan akan dilepaskan. Maka proses penternakan ikan tilapia dapatlah dijalankan. Disamping itu, kumpulan kami juga turut bertanyakan tentang bantuan yang diperuntukkan kepada penternak ikan akuakultur. Menurut En. Hazizi pejabat perikanan daerah ada menyediakan khidmat bantuan seperti bantuan khidmat nasihat dan teknikal dari semasa ke semasa. Selain itu, bantuan pinjaman peralatan untuk sistem ternakan juga turut disediakan.

Bantuan dari segi bekalan benih yang percuma turut disediakan namun menurut beliau bekalan benih yang percuma ini hanya diperuntukkan kepada penternak kecilan dan ianya hanya untuk pusingan kali pertama sahaja dan pejabat pertanian daerah (jabatan pertanian) turut menyediakan bantuan teknikal berkenaan dengan mutu air dan bantuan untuk pemilihan tapak yang sesuai. Menurut En. Hazizi juga bantuan dari sumber kewangan telah dihentikan atas sebab yang tertantu. (tidak dapat dikongsikan).

Rujukan:

  1. Encik Hazizi (Pegawai Perikanan)
  2. http://www.dof.gov.my/


By: S19263
Last checked by: S19650

No comments:

Post a Comment