Tarikh: 15 Jan 2015
Tempat: Jabatan Pertanian ( Bintulu)
Masa: 8.00 – 9.45 pagi
Sesi temu bual bersama Jabatan Pertanian (Bintulu)
Nama Pegawai : Khairulnieza
Jawatan : Pegawai Perikanan di Jabatan Pertanian
VISI DAN MISI JABATAN PERTANIAN
VISI JABATAN
PERTANIAN
Ke arah
mewujudkan industri pertanian yang berdaya saing, pengeluaran produk
berkualiti, selamat dan mesra alam serta berorientasi eksport.
MISI
JABATAN PERTANIAN
Memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian melalui pengamalan teknologi terkini dan khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran serta memastikan keselamatan sektor pertanian negara.
Memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian melalui pengamalan teknologi terkini dan khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran serta memastikan keselamatan sektor pertanian negara.
PERKHIDMATAN TERAS
*
Memberi khidmat
pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan yang mencukupi, berkualiti dan
selamat dimakan.
*
Menguatkuasa akta-akta yang
menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara dari
ancaman perosak dan penyakit luar serta memudahkan perdagangan antarabangsa.
OBJEKTIF
JABATAN PERTANIAN
·
Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat
yang profesional dalam pelbagai bidang Pertanian khususnya tanaman makanan dan
industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk
keperluan negara.
·
Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi
meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.
·
Mewujudkan kumpulan tenaga terlatih yang terlatih dan mahir untuk
keperluan industri pertanian.
·
Melindungi tanaman-tanaman (tanaman industri dan makanan) daripada
ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan
perkhidmatan kuarantin.
·
Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal
pencemaran alam sekitar.
·
Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada dibawa
keluar negara dan terancam pupus.
FUNGSI JABATAN PERTANIAN
·
Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada
agensi/badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya
menyampaikannya kepada pengusaha-pengusaha pertanian.
·
Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan,
swasta dan agensi pembangunan pertanian.
·
Membangunkan Sumber Maklumat Tanaman Makanan dan Tanah untuk kegunaan
perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.
·
Menjalankan latihan di Institut / Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi
keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.
·
Mengawalselia mutu bahan / benih tanaman negara
·
Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Mahluk Perosak 1974 untuk
memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah yang
berkualiti dan penggunaannya tidak akan mendatangkan mudarat kepada
pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.
·
Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk mencegah
kemasukkan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara dan memudahkan
pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk memenuhi peraturan kuarantin
negara pengimport.
·
Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport)
1988 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi
Spesis-spesis Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan
bahawa bahan-bahan tanaman dan janaplasma tidak terancam pupus.
·
Melaksanakan penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhn 2004
(Akta 634) untuk melindungi hak intelek bagi varieti-varieti tempatan seperti
baka-baka yang baik terutama kelapa sawit, getah, koko, kelapa dan bunga-bungaan.
·
Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor
awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan,
penguatkuasaan dan perdagangan antarabangsa.
Semasa sesi temu bual dijalankan, Pegawai berkenaan memberitahu bahawa pemasaran ikan Tilapia di daerah Bintulu ini sangat tinggi namun bekalan ikan tilapia yang diperoleh adalah daripada Batang Air, Sri aman. Menurutnya lagi,Ikan tilapi ini sangat laris di pasaran Bintulu berbanding ikan air tawar yang lain.
Semasa sesi temu bual dijalankan, Pegawai berkenaan memberitahu bahawa pemasaran ikan Tilapia di daerah Bintulu ini sangat tinggi namun bekalan ikan tilapia yang diperoleh adalah daripada Batang Air, Sri aman. Menurutnya lagi,Ikan tilapi ini sangat laris di pasaran Bintulu berbanding ikan air tawar yang lain.
Harga Produk
(Ikan Tilapia)
Ikan tilapia
mendapat permintaan yang tinggi dan pembekal yang banyak jadi harga ikan
tilapia di Daerah Bintulu ini adalah dalam linkungan Rm10.00-RM15.00 per kg.
Nmaun ia tetap bergantung kepada gred ikan itu sendiri. Bagi ikan tilapia ianya
mempuyai tiga gred yang berbeza, iaitu GredA, Gred B dan Gred C.
Gred Ikan
Tilapia :
1)
Gred A = RM10.00/kg
2)
Gred B = RM12.00/kg
3)
Gred C = RM15.00/kg
SENARAI HARGA IKAN RAKYAT (PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN -
NEKMAT)
A) IKAN BASAH - (1KG)
B) IKAN DINGIN BEKU (FROZEN) - (1KG)
NO.
|
JENIS
IKAN
|
HARGA
|
1.
|
Kembung
|
RM 11.00
|
2.
|
Pelaling
|
RM 8.00
|
3.
|
Cencaru
|
RM 7.00
|
4.
|
Selayang
|
RM 8.00
|
5.
|
Selar
|
RM 9.00
|
6.
|
Kerisi
|
RM 10.00
|
B) IKAN DINGIN BEKU (FROZEN) - (1KG)
NO.
|
JENIS
IKAN
|
HARGA
|
1.
|
Kembung
|
RM 8.00
|
2.
|
Selar
|
RM 7.00
|
3.
|
Cencaru
|
RM 6.00
|
4.
|
Pelaling
|
RM 6.50
|
5.
|
Selayang
|
RM 6.00
|
6.
|
Keli (Bersih)
|
RM 6.50
|
7.
|
Talapia Merah (Bersih)
|
RM 7.50
|
SENARAI HARGA DI PASAR TANI (LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN
PERSEKUTUAN - FAMA)
HARGA PANDUAN 22 KOMODITI DI PASAR TANI PUTRAJAYA PADA 24 JANUARI 2014
HARGA PANDUAN 22 KOMODITI DI PASAR TANI PUTRAJAYA PADA 24 JANUARI 2014
Khidmat
Jabatan Pertanian juga turut melancarkan program seperti
Program Kursus Bimbingan Usahawan. Program ini bertujuan untuk
mendedahkan cara atau teknik yang betul untuk pengurusan ikan Tilapia. Pelbagai
program yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian antaranya:
- Seminar,
- Bengkel,
- Pembukaan Booths,
Selepas
bimbingan itu, diberikan kepada setiap penternakan ikan, pihak Jabatan Pertanian
akan datang memantau projek penternakan tersebut dari semsasa ke semasa bagi memastikan
penternak berjaya dalam melaksanakan projek tersebut.Jabatan Pertanian juga akan memantau sehingga pendapatan mereka mencapai RM 3,000.00 sebulan. Hal ini
kerana berikut merupakan sasaran pendapatan yang ditetapkan oleh kerajaan
kepada petani dan penternak. Jika
projek penternakan itu gagal maka jabatan pertanian akan terus memberi bantuan
seperti motivasi dan kewangan supaya projek tersebut berjaya. Namun sebelum
permohonan semula itu dilakukan Jabatan Pertanian akan memantau untuk
mengetahui dan mengenalpasti masalah sebenar supaya tidak berlaku penipuan.
Di samping
itu, Jabatan Pertanian turut memberi bantuan khidmat nasihat dan kawalan penyakit.
Bagi pemohon yang menghadapi masalah.Jabatan Pertanian juga
menyediakan perkhidmatan kursus setiap tahun, dimana kursus
diadakan di (ATC) dan kursus asas diberikan mengikut seksyen.
Kursus yang diberikan adalah secara percuma. Cara untuk mengikuti kursus
yang disediakan adalah dengan mendaftar di pejabat Jabatan
Pertanian. Kursus yang disediakan hanya boleh menampung seramai
20-30 orang.
Pinjaman
Jabatan
Pertanian turut Rm 5000.00 untuk setiap penternakan ikan. Namun sebelum
permohonan semula itu dilakukan Jabatan Pertanian akan memantau untuk
mengetahui dan mengenalpasti masalah sebenar supaya tidak berlaku penipuan.
Seterusnya,untuk pengetahuan juga, jika penternak gagal untuk melaksanakan projek, penternak perlu mengisi borang untuk keluar atau menulis surat menyatakan bahawa mereka ingin berhenti untuk meneruskan projek
Rujukan :
Seterusnya,untuk pengetahuan juga, jika penternak gagal untuk melaksanakan projek, penternak perlu mengisi borang untuk keluar atau menulis surat menyatakan bahawa mereka ingin berhenti untuk meneruskan projek
Rujukan :
- Encik Khairulnieza (Pegawai Perikanan di Jabatan Pertanian)
- http://www.doa.gov.my/
By : S19263
No comments:
Post a Comment