Tuesday, 20 January 2015

OPERASI ~ PEJABAT RESIDEN (Bintulu)

Tarikh: 19 Jan 2015 
Tempat: Pejabat Residen (Bintulu)

Masa: 10.30 – 11.30 pagi
Prosedur Pendaftaran Perniagaan (Pejabat Residen)


Sesi temu bual bersama Pejabat Reasiden (Bintulu)


Nama Pegawai : Cik Nor Ain





PENGENALAN
Pejabat Residen Bintulu diwujudkan serentak dengan kenaikan taraf Daerah Bintulu dinaikkan taraf menjadi sebuah Bahagian dalam tahun 1987. Bahagian Bintulu merupakan Bahagian yang ke Sembilan dalam Negeri Sarawak. Bahagian Bintulu mempunyai dua buah Daerah iaitu Daerah Bintulu dan Daerah Tatau disamping sebuah Daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Sebauh.

VISI
"Enhancing the Quality of Life in Bintulu Division"

MISI
"Effectively Facilitating and Coordinating the People-Centric Projects, Programs and Services; and Industrial Development"


OBJEKTIF
Secara umum Pejabat Residen Bintulu komited untuk membangunkan sebuah Masyarakat Bintulu yang makmur dan sejahtera. Secara terperinci, kita bertekad untuk mencapai ojektif-objektif seperti berikut:

  • Menyediakan perkhidmatan pentadbiran dan berkanun yang cekap dan berkesan melalui Budaya Kerja Profesional dan Cemerlang;
  • Memupuk, mempertingkat dan mengekalkan perpaduan di antara kaum;
  • Membangun dan mengekalkan Bahagian Bintulu sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan negara;
  • Memastikan pencapaian pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang dan saksama di antara sektor ekonomi, daerah dan sosio-budaya penduduk di Bahagian Bintulu;
  • Memudahkan penyertaan golongan kurang upaya (disadvantage group) ke dalam arus pembangunan perdana; dan
  • Membangunkan dan mengekalkan Bintulu sebagai kawasan kediaman, berkerja dan beriadah yang sihat-sejahtera.

TAKRIF PERNIAGAAN
S.2 APP 1956 

  • mentakrifkan PERNIAGAAN sebagai… “setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesyen atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan” 


KEPERLUAN MENDAFTARKAN PERNIAGAAN
S.5(1) APP 1956 

  • Orang yang bertanggungjawab terhadap perniagaan hendaklah mendaftarkan perniagaan beliau dalam tempoh tidak lebih dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan itu. 

SEBAB-SEBAB PERNIAGAAN PERLU DIDAFTARKAN

1) DIPERAKUI SAH KEWUJUDANNYA MENURUT UNDANG UNDANG

a) Pemilik perniagaan akan menerima Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan dari Pendaftar Perniagaan SSM.
b) Ianya sebagai bukti muktamad yang sah dan diperakui oleh undang-undang.
c) Tanpa pendaftaran, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas peniaga / pemilik perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
d) S.5F(1) “Sijil pendaftaran yang mempunyai nombor pendaftaran, dan membawa nama pemohon atau nama perniagaan, yang dikeluarkan di bawah Akta ini oleh Pendaftar hendaklah menjadi bukti muktamad bahawa kesemua keperluan-keperluan duluan ini berkenaan dengan pendaftaran dan perkara-perkara duluan dan sampingan kepada pendaftaran itu telah pun dipatuhi, dan perniagaan yang dirujuk dalam sijil itu telah didaftarkan di bawah Akta ini”.


2) DAFTAR PERNIAGAAN SEBAGAI BUKTI KETERANGAN 
  1. Segala MAKLUMAT berkaitan dengan perniagaan seperti nama perniagaan, sifat perniagaan, tarikh permulaan perniagaan, alamat dan tempat perniagaan, berkenaan pemilik (milikan tunggal/ perkongsian) iaitu nama penuh, jawatan dan tarikh kemasukan dalam perniagaan akan direkodkan dalam daftar. 
  2. Maklumat ini adalah benar juga boleh dijadikan sebagai bukti bertulis. 
  • Seksyen 6(1) “Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata kemudian dari ini, jika dan selagi seseorang itu direkodkan di dalam mana-mana daftar sebagai seorang sekutuniaga, adalah menjadi keterangan terhadapnya atau seseorang yang menuntut melalui atau dibawahnya bahawa dia adalah seorang sekutuniaga melainkan dibuktikan bahawa orang itu bukanlah pada bila-bila masa yang matan seorang sekutuniaga kerana kesilapan bona fide, atau tanpa diketahuinya dan dengan cara memfraudkannya”.

3) HAK SEBAGAI PEMILIK 
  1. Sekiranya pemilik/salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, dan pada masa kematiannya telah direkodkan dalam daftar sebagai salah seorang ahli kongsi; maka pewaris, pentadbir/ mana-mana individu yang berhak terhadap harta pemilik yang meninggal dunia boleh membuat tuntutan ke atas hak individu yang meninggal dunia. 
  2. Sekiranya perniagaan tidak didaftarkan, maka butir-butir yang berkaitan tidak direkod, oleh itu perniagaan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan melalui guaman atau prosiding undang-undang lain. 

4) MEMBANTU AGENSI/JABATAN KERAJAAN LAIN MELAKSANAKAN FUNGSINYA 
  • Maklumat yang disimpan oleh SSM dapat membantu agensi penguatkuasaan lain menjalankan pemeriksaan terhadap perniagaan yang didaftarkan. Contoh, LHDN, KWSP, PERKESO, Pihak Berkuasa Tempatan dll. di bawah bidang kuasa masing masing. 


5) AKSES MAKLUMAT OLEH PIHAK AWAM 
  1. Membolehkan orang awam/mana-mana pihak yang berkepentingan ke atas sesuatu perniagaan menyemak dan mendapatkan maklumat perniagaan tersebut. 
  2.  Maklumat yang diperolehi boleh membantu mereka membuat keputusan perniagaan yang betul, membuka peluang perniagaan baru dan memperluaskan pasaran perniagaan. 
  3. Orang awam boleh mendapatkan salinan maklumat di mana-mana pejabat SSM dengan membayar harga yang telah ditetapkan. 

6) MELINDUNGI HAK PENGGUNA 
  1. Hak pengguna terhadap barang-barang dan perkhidmatan akan lebih terjamin dan dapat dilindungi. 
  2. Sekiranya terdapat sebarang kes penipuan atau penganiayaan, pengguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa dan juga SSM. 

7) SYARAT & PROSEDUR PERMOHOHAN
  1. Satu (1) orang pemohon untuk pendaftaran pemilikan tunggal dan sekurang-kurangnya 2 hingga maksimum 20 orang jika pemilikan secara perkongsian sahaja dibenarkan dan layak didaftarkan dan terbuka hanya kepada warganegara Malaysia atau penduduk tetap sahaja.Warganegara asing tidak dibenarkan sama sekali untuk tujuan pendaftaran perniagaan.
  2. Butir-butir peribadi setiap pemohon atau rakan kongsi pemohon seperti nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan.
  3. Pemohon mestilah dikalangan Warganegara Malaysia sahaja atau mempunyai status penduduk tetap dan mesti mempunyai alamat tempat tinggal di Malaysia.
  4. Pejabat Pendaftar Perniagaan tidak akan membuat pendaftaran bagi pemohon dari Sabah dan Sarawak kecuali pemohon mempunyai alamat tempat tinggal dan perniagaan di tempat selain dari negeri Sabah dan Sarawak.Pendaftaran sedemikian hendaklah di buat di di Majlis Daerah dalam Negeri permohon tersebut kerana ianya adalah diluar bidang kuasa Pendaftar Perniagaan. Pemohon dari Wilayah persekutuan Labuan dibenarkan mendaftar perniagaan di Semenanjung.
  5. Berumur 18 tahun ke atas
  6. Pastikan pemohon tidak memiliki apa-apa perniagaan yang berdaftar di Pejabat Pendaftar Perniagaan yang telah tamat tarikh luput.Proses penutupan atau pembaharuan perniagaan lama hendaklah terlebih dahulu dibuat bagi mengelakkan permohonan ditolak di Pejabat Pendaftar Perniagaan.
  7. Nama perniagaan yang dicadangkan mestilah sekurang-kurangnya 3 atau lebih.
  8. Huraian tentang aktiviti perniagaan hendaklah dijelaskan. 
SYARAT PERMOHONAN: 

  1. Bayaran deposit atau secara penuh diperlukan sekiranya anda ingin mendaftar perniagaan baru.
  2. Butir-butir dan maklumat peribadi setiap pemohon seperti nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan alamat kediaman serta lain-lain maklumat yang berkaitan seperti yang diminta didalam borang pendaftaran hendaklah dikemukakan didalam borang pendaftaran atau apa jua bentuk cara penyerahan maklumat mestilah sama seperti yang tercatit didokumen peribadi asal pemohon bagi tujuan mengelakkan kesulitan semasa pendaftaran.
  3. Mengisi borang pendaftaran perniagaan dengan lengkap dan tepat seperti di kad pengenalan atau passport.
  4. Proses pendaftaran perniagaan hanya akan dilakukan selepas pihak kami menerima salinan kad pengenalan pemohon dan setelah menerima bayaran baki atau penuh. 
Peringatan:- 

  • Sekiranya pihak pelanggan tidak menyertakan salinan kad pengenalan maka pihak kami tidak akan bertanggung jawap sekiranya berlaku kesilapan serta kecuaian pelanggan semasa mengisi borang permohonan sama ada dari segi ejaan atau no kad pengenalan.Kos akan ditanggung oleh Pihak pelanggan sepenuhnya.
  • Khidmat pos laju atau courier hendaklah ditanggung oleh pemohon sepenuhnya.   
8) MAKLUMAT AM 

  1. Proses carian nama perniagaan mengambil masa 14 hari waktu berkerja selepas serahan di kaunter carian nama perniagaan.
  2. Proses pendaftaran perniagaan mengambil masa 14 hari waktu berkerja selepas serahan di kaunter pendaftaran perniagaan.
  3. Pembukaan bank akaun boleh dibuat dengan membawa sijil asal serta salinan pendaftaran perniagaan dan maklumat pemilik bersama cop getah yang tertera nama perniagaan dan no pendaftaran perniagaan.


 9) PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN 

  1. Proses Carian Nama (Borang PNA 42) 
  2. Hanya pemilik atau rakan niaga dibenarkan membuat carian nama. Agen tidak dibenarkan. 
  3. Tiada bayaran dikenakan ke atas permohonan ini. 
10) PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN (BARU)

• Lengkapkan Borang A bagi perniagaan baru
• Bayaran Pendaftaran :
   - RM30 > Perniagaan Tunggal yang menggunakan nama mengikut Kad Pengenalan
   - RM60 > Perniagaan yang menggunakan trade mark cth Suria Enterprise
• Hanya pemilik atau rakan niaga dibenarkan berurusan di kaunter pendaftaran

11) PERUBAHAN DALAM BUTIR_BUTIR PERNIAGAAN 

  1. Bayaran pendaftaran – RM20.00 bagi setiap perubahan pendaftaran. 
  2. Hanya lengkapkan Borang ‘B’ bagi setiap perubahan. 
  3. Hanya pemilik dan rakan niaga sahaja dibenarkan berurusan di kaunter pendaftaran. (Agen tidak dibenarkan sama sekali). 
• S.5B(1) -Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam butir-butir yang telah didaftarkan, orang     yang bertanggungjawab hendaklah dalam masa 30 hari mengemukakan kepada Pendaftar, butir- butir perubahan dalam borang yang ditetapkan. 

• Borang B1 -Penukaran Alamat Perniagaan 
• Borang B2 -Penukaran Jenis Perniagaan 
• Borang B3 -Penukaran Cawangan 
• Borang B4 -Penukaran Maklumat Pemilik / Rakan Kongsi 

12) PENAMATAN PERNIAGAAN

  • Sesuatu PENDAFTARAN PERNIAGAAN boleh diTAMATKAN dengan memberi  NOTIS kepada Pendaftar melalui Borang‘C’.Tiada bayaran dikenakan. 

13)  KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN DIBAWAH AKTA PENDAFTARAN           PERNIAGAAN 1965


  1. Menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkannya
  2. Menjalankan perniagaan selepas tamat tempoh sijil pendaftaran
  3. Gagal mematuhi mana-mana saman atau kehendak Pendaftar di bawah sek.10
  4. Memberi keterangan palsu 
  5. Menghalang pegawai Suruhanjaya menjalankan tugas.

Konklusinya, untuk pengetahuan umum, pendaftaran perniagaan di Sabah dan Sarawak adalah berbeza daripada pendaftaran syarikat/perniagaan di Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak Tidak perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM),di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, kerana mereka mempunyai Ordinan sendiri untuk mendaftar perniagaan.


Rujukan :
Cik Nor Ain (Pegawai yang ditemu bual)


By: S19263

Checked by: S19650

No comments:

Post a Comment