Tarikh: 26 January 2015
Tempat: AIM Bintulu
Masa: 10.30 – 11.30 pagi
Sesi temu bual bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Bersama kakitangan AIM |
Nama Pegawai : Cik Siti Khadijah
Jawatan : Pegawai
Eksekutif AIM
Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM) ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). AIM diurus tadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada pegawai kanan yang mewakili Kementerian Kewangan Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan beberapa individu yang dilantik atas dasar kapasiti peribadi.
Objektif
- Mengurangkan
kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan
rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan mikro kredit
untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan
pendapatan.
- Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan
rendah.
- Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.
Visi
- Untuk menjadi institusi kewangan mikro yang diberkati,dinamik dan bertaraf dunia bagi membasmi kemiskinan serta meningkatkan kesejahteraan ummah.
Misi
- Menjadi sebuah institusi kewangan mikro yang kukuh, stabil, berdikari, dan lestari.
- Menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan mikro yang patuh syariah kepada isi rumah berpendapatan rendah.
- Menyedikan infrastruktur teknologi dan sistem sokongan terkini bagi penyampaian produk dan perkhidmatan.
- Memantapkan modal insan melalui penerapan budaya pembelajaran, keusahawanan dan inovasi yang berterusan.
- Memperkasa sosioekonomi komuniti AIM melalui ekosistem yang bersepadu sehingga mereka mampu mengeluarkan zakat, wakaf dan infaq.
- Meneroka pasaran kewangan mikro islam di peringkat serantau dan antarabangsa.
- Membina budaya sukarelawan dalam komuniti AIM.
Prosedur keahlian:
- Pemohon, setelah disahkan layak menyertai AIM, perlu menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 5 orang sejantina yang tiada tali persaudaraan rapat, saling mempercayai satu sama lain dan bertanggungjawab.
- Kesemua ahli secara berkumpulan perlu mengikuti Proses Penurunan Kuasa (PPK) iaitu satu kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, 1 setengah jam sehari. PPK bertujuan memberi kefahaman tentang peraturan dan syarat-syarat AIM.
- Setelah lulus Ujian Pengiktirafan Kumpulan iaitu satu ujian ringkas yang dijalankan di akhir proses PPK, semua ahli kumpulan perlu menyertai Pusat iaitu gabungan antara 2 hingga 12 kumpulan. Ahli Pusat atau le
- bih dikenali sebagai Sahabat akan bermesyuarat setiap minggu. Mesyuarat pusat diadakan di tempat awam seperti balai raya, surau atau balai yang dibina sendiri. Semua urus niaga AIM seperti permohonan, penyerahan Modal pembiayaan, bayar balik serta kutipan simpanan wajib dan TKKS diadakan di mesyuarat pusat.
- Tabung Kumpulan diwujudkan untuk membentuk sikap menabung di kalangan Sahabat. Setiap Sahabat diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM1.00 hingga RM15.00. Tabung Kumpulan penting untuk kegunaan semasa kecemasan dan kegunaan lain yang dibenarkan oleh ahli kumpulan.
- Tabung ini TKKS ditubuhkan untuk mengurangkan bebanan sahabat dan waris apabila menghadapi musibah. Tabung ini memberi manfaat meliputi khairat kematian, masuk wad, rawatan penyakit kronik, kemusnahan rumah dan projek akibat kebakaran atau bencana lain serta sumbangan menunaikan ibadah haji. Sumber Tabung adalah daripada Sumbangan Sahabat RM2.00 sebulan, 1% sumbangan daripada pembiayaan ekonomi dan sumbangan tahunan AIM.
Syarat
kelayakan menjadi Sahabat AIM:
- Taraf kewarganegaraan
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah adalah RM 3,050 dan per kapita RM 610
- Tanah bergeran di atas nama ketua isi rumah atau bakal Sahabat dengan keluasan tidak lebih dari 3 ekar,
- pemilik rumah sendiri dengan anggaran nilai tidak lebih RM 200,00.
- pemilik kenderaan dengan anggaran nilai semasa sebuah
kenderaan tidak melebihi RM 50,000.
Borang Melantik Wakil |
Borang Skim Tabung Khairat Hutang |
Sijil yang diterima AIM
sijil pengharagaan |
Sijil Penghargaan Cawangan Cemerlang AIM Bintulu |
Konklusinya, sepanjang proses temu bual yang kami jalankan di AIM
ini kami dapati bahawa golongan yang ingin melakukan pinjaman atau menjadi
Sahabat kepada AIM mestilah yang berpendapatan
RM 3050.00 untuk tempoh
sebulan dan perkapita sebanyak RM610.00. Selain itu, golongan
yang terpilih untuk menjadi Sahabat AIM ini mestilah WANITA sahaja dan bukan pekerja kerajaan.
Seterusnya, untuk Sahabat yang ingin memohon pembiayaan dari
AIM ini mereka mestilah mempunyai
projek atau perniagaan sendiri bagi mendapat kelulusan semasa proses
permohonan pembiayaan itu dilakukan. Selain itu, AIM juga mempunyai pelagai
skim yang akan membantu meringankan beban golongan yang berpendapatan
sederhana. AIM
menawarkan 7 Skim dengan had tertinggi jumlah pembiayaan
dan tempoh-tempoh bayaran seperti jadual di bawah :
Pembiayaan:
Untuk pengetahuan umum, AIM juga turut melakukan khidmat kaunseling jika berlaku penipuan, jika Sahabat mempunyai masalah berkenaan dengan projek atau perniagaan yang dijalakan.
Pamplet AIM :
Rujukan :
- Cik Siti
Khadijah ( Pegawai Eksekutif AIM )
- Pamphlet ( AIM )
- http://www.aim.gov.my/
By : S19263
Checked by: S19650
Checked by: S19650
No comments:
Post a Comment