Saturday, 28 February 2015

KESIMPULAN KESELURUHAN PROJEK

Selepas menjalani beberapa temu bual bersama mereka yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang masing-masing. Kumpulan kami telah memperoleh banyak perkongsian untuk menjalankan projek perniagaan terutamanya dalam bidang Penternakan Ikan tilapia.

Perkongsian bagi projek penternakan ikan Tilapia dari segi OPERASI, PEMASARAN, KEWANGAN & SUMBER MANUSIA adalah seperti berikut:

OPERASI

Setiap perniagaan syarikat  yang dijalankan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jadi kami akan memohon lessen daripada Pejabat Residen  (BINTULU) untuk mendapatkan kebenaran menjalakan perniagaan ini.

Selain itu, dalam menjalankan perniagaan ikan tilapia ini kriteri-kriteria berikut mesti dipenuhi:

i. Suhu air = 20-35 darjah celcius
 ii. pH air = 6-8
iii. Oksigen terlarut = lebih dari 2.5 ppm
 iv. Karbon dioksida = kurang dari 2.5 ppm
 v. Ammonia = kurang dari 1.0 ppm
 vi. Kemasinan = 0-20 ppt

Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan juga turut menyediakan bantuan dari segi operasi bagi penternakan Tilapia ini. Antaranya :

BANTUAN YANG DISEDIAKAN:
  • Bantuan kewangan
  • Bantuan pinjaman barangan
  • Bantuan anak benih ikan
  • Bantuan khidmat nasihat dari Pegawai yang bertanggungjawab
  • Perkhidmatan kursus

Jadi bagi operasi untuk perniagaan ikan Tilapia ini kami memilih Jabatan Pertanian untuk memohon bantuan dalam Operasi penternakan ikan Tilapia.

PEMASARAN

Bagi pemasaran ikan Tilapia ini kami menggunakan pelbagai cara untuk memasarkan produk kami. Namun sebelum ianya dilaksanakan kami akan mengkaji tentang 4P’s terlebih dahulu iaitu Product,Place,Price & Promotion kerana fffaaaktor ini merupakan factor yang penting dalam pemasaran sesuatu produk.

Kami juga turut menggunakan teknik pemasaran seperti :-
  • Pengiklanan melalui banner
  • Pemphlet
  • Internet dan
  • Worth of Mounts (WOM)


Contoh banner dan pamphlet bagi perniagaan kami



contoh banner untuk pasaran produk kami

contoh pamphlet bagi pemasaran kami



Harga bagi produk kami adalah mengikut Gred ikan itu sendiri iaitu seperti berikut:
  • Gred A =   RM 9.00/kg.
  • Gred B =   RM 7.00/kg dan
  • Gred C   =  RM5.00/kg.

KEWANGAN

Bagi kewangan untuk syarikat kami. Kami akan memohon batuan  daripada pihak Amanah Ikhtiar Malayia (AIM).
Kerana bantuan yang paling maksimun akan diberikan adalah sebanyak 20,000. Tempoh pembayaran balik juga adalah mengikut pilihan yang kita tetapkan iaitu  dalam tempoh 12, 25, 35, 50, 75, 100, 125, 150 atau setiap 6 bulan atau sekaligus.



SUMBER MANUSIA

Bagi pengurusan sumber manusia pula pihak kami akan menitik beratkan tentang kemudahan dan kebajikan pekerja seperti :
  • Rawatan kesihatan (jika sakit)
  • Tempat tinggal
  • Caruman KWSP
  • Wang ihsan (jika berlaku kematian) untuk pengurusan jenazah
  • Bonus ( jika bekerja lebih masa)

 GAJI
  1. Pemberian gaji adalah mengikut jam.
  • contoh 1 jam RM 4.60
  • tempoh bekerja 11 jam  = RM50.6
  • Gaji akan diberi setiap 1 minggu bekerja.
     2. Pemberian Bonus jika bekerja lebih masa.


CIRI-CIRI PEKERJA
  • Berminat untuk berkerja
  • Rajin
  • Bertanggungjawab (datang awal ke tempat kerja)






PERBINCANGAN AHLI KUMPULAN

Tarikh: 25 Januari 2015
Tempat: Kolej Kediaman 2 (KK2)
Masa: 10.15 –  11.00 Malam 


Pada perjumpaan ini kami telah membincangkan tentang keseluruhan projek yang telah dijalankan termasuk perbincangan tentang video dan cara untuk menyediakan video berkenaan. kami juga turut membahagikan tugas untuk menyiapkan keseluruhan video yang diminta.



By: S19263

OPERASI ~ JABATAN PERTANIAN

Tarikh: 15 Jan 2015 
Tempat: Jabatan Pertanian ( Bintulu) 
Masa: 8.00 – 9.45 pagi

Sesi temu bual bersama Jabatan Pertanian (Bintulu)





Nama Pegawai : Khairulnieza
Jawatan : Pegawai Perikanan di Jabatan Pertanian

Sesi temu bual ini dijalankan bagi mengetahui tentang operasi ikan tilapaia yang syarikat kami jalankan.

Jabatan Pertanian berfungsi untuk :-
  • Memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
  •  Menguatkuasa akta-akta yang menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara dari ancaman perosak dan penyakit luar serta memudahkan perdagangan antarabangsa.

Menurut pegawai yang ditemu bual ikan tilapia ini tidak banyak diternak dikawasan Bintulu namun ianya banyak diternak dikawasan Batang Air dan juga Sri Aman. Di Bintulu, projek penternakan ikan Tilapia sedang dalam proses permulaan namun menurutnya lagi ikan tilapia ini mendapat permintaan yang ringgi di pasaran Bintulu. Oleh yang demikian Jabatan Pertanian telah mengambil beberapa tindakan  untuk meningkatkan penternakan ikan Tilapia di Bintulu antaranya:

 TINDAKAN JABATAN PERTANIAN:
  • Membuat penternakan ikan tilapia secara komersial
  • Memperkenalkan kepada umum tentang cara untuk menternak ikan tilapia

BANTUAN YANG DISEDIAKAN:
  • Bantuan kewangan
  • Bantuan pinjaman barangan
  • Bantuan anak benih ikan
  • Bantuan khidmat nasihat dari Pegawai yang bertanggungjawab
  • Perkhidmatan kursus

SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON :
  • Berdaftar dengan Jabatan Pertanian
  • Mempunyai lessen (lessen kolam)

Lampirkan :-
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil pendaftaran syarikat(jika ada)
  • Gambar bersaiz passport
Rujukan:
Jabatan Pertanian 

By: S19263




Friday, 27 February 2015

SUMBER MANUSIA ~ BINTULU DEVELOPMENT AUTHORITY (BDA)


Tarikh: 19 FEB 2015 
Tempat : Bintulu Development Authority (BDA)
Masa: 10.30 –  11.30 pagi

Sesi temu bual bersama Bintulu Development Authority (BDA)









Nama Pegawai : Puan Hajjah Maimunah
Jawatan : Pengurus Bahagian Sumber Manusia

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah ditubuhkan berikutan penemuan rizab gas asli dan minyak yang banyak di luar pantai Bintulu. Pembangunan sumber asli ini membolehkan BDA menjadi badan utama bukan sahaja menyelaras projek-projek pembangunan tetapi juga boleh melaksanakan projek-projek sendiri. Oleh itu, pada 8 Julai 1978, BDA telah ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi tersebut.

Di bawah Ordinan Lembaga kemajuan Bintulu (BDA) 1978, BDA ditubuhkan sebagai agensi kerajaan untuk menjaga perancangan fizikal dan pembangunan di Bintulu, Sarawak. Kawasan persempadanan BDAmeliputi keseluruhan bahagia Bintulu seluas 12,515 sq. kmtermasuk 5 km di luar pantaui Bintulu. ia terdiri dari dua daerah iaitu : Bintulu dan Tatau.

VISI 

Bintulu Bandar yang mesra menjelang 2020.






OBJEKTIF

  • Untuk menggalakkan, merangsang, memudah dan menjanakan pembangunan ekonomi dan sosial.
  • Untuk menggalak dan menyelaras selanjutnya pembangunan industri dan pembangunan tertiari
  • Untuk menggalak, membangun dan menguruskan tempat kediaman dan estet perindustrian
  • Untuk menggalak, membantu dan membangunkan perniagaan
  • Untuk menggalak dan meningkatkan produktiviti industri dan memastikan penggunaan sepenuhnya sumber asli
  • Untuk menyedia kemudahan dan ameniti bagi kemajuan dan kepentingan sosial dan fizikal mereka yang bekerja dan menetap di kawasan persempadanan BDA
  • Untuk membuat rekomendasi kepada Ketua Menteri tentang perkara-perkara dan langkah-langkah yang ia fikir berfaedah demi meningkat perdagangan dan pembangunan; dan
  • Untuk melaksanakna fungsi-fungsi lain seperti yang diarah oleh Ketua Menteri dari masa ke semasa.


Semasa sesi temu bual ini dijalankan kami dimaklumkan bahawa skim perkhidmatan di BDA ini adalah mengikut skim perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

    1. SYARAT KELAYAKAN:


  • Berumur 17 – 20 tahun (SPM & Diploma)
  • Berumur 41 tahun dan keatas (Ijazah)
  • Warganegara Malaysia
  • Memnuhi kriteria minumun bagi setiap jawatan


     2.  CARA MEMENUHI KEKOSONGAN JAWATAN

Melalui :-

  • Iklan dalaman (dalam BDA)
  • Surat Khabar  (hanya pada hari Sabtu & Ahad)
  • Website (setiap masa jiak ada kekosongan)


Pengiklanan dalaman dijalankan untuk mengambil pekerja yang sedia ada untuk menggantikan kekosongan tersebut. Selain itu, pengiklanan di surat khabar hanya dijalankan pada hari minggu kerana menurut beliau bahawa mereka menyasarkan bahawa ramai pembeli akan membeli dan membaca surat khabar pada hari-hari minggu. Seterusnya, penyebaran atau pengiklanan dari website ini digunakan kerana ianya mudah dan tidak dikenakan sebarang caj atau pembayaran dan boleh dipapar setiapa masa.

     3. Syarat-syarat mengisi kekosongan bagi jawtan tetap dan sementara.

  • Perlu menjalani latihan selama 42 jam dalam tempoh 1 tahun.(kursus,seminar dan ceramah)
  • Bekerja sekuranya-kuranya selama 2 Tahun.
  • Jika pretasi baik dan meningkat maka dalam tempoh 3 tahun akan diserap sebagai pekerja tetap.

     4.  KEBAJIKAN PEKERJA YANG DISEDIAKAN:

  • Rawatan kesihatan
  • Caruman KWSP
  • Simpanan Pencen
  • Insurans Kemalangan
  • Pinjaman Pembelian Barang ( seperti peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya)
  • Cuti Rehat (25 hari setahun)
  • Wang ihsan (jika berlaku kematian) untuk pengurusan jenazah
  • Cenderahati (sempena ulang tahun perkahwinan)
  • Cenderahati (sempena perersaraan)
  • Bonus ( berdasarkan bonus yang ditetapkan oleh pihak JPA)       

     5.   GAJI

  • Pemberian gaji adalah sama berdasarkan JPA
  • Gaji akan diberi seminggu awal jika musim perayaan termasuk hari gawai. (25 hb)
  • Jika bekerja lebih masa, maka gaji akan dibayar mengikut lebihan masa berkerja tersebut.

     6. KENAIKAN PANGKAT
Kenaikan pangkat adlah berdasarkan :

  • Senioriti
  • Tahap prestasi
  • Atau kedua-duanya


Tempoh perkhidmatan yang paling lama di BDA ini adalah selama 55 hingga ke 56 tahun. Tetapi pada masa kini mandatory adalah 60 tahun. Namun persaraan lebih awal boleh dilakukan dan ianya dipanggil sebagai persaraan pilihan.


     7. MASALAH YANG SERING DIHADAPI (dalam kalangan pekerja)

  • Merungut jika arahan yang diberikan salah.
  • Tidak suka bertanya jika tidak memehami sesuatu perkara.
  • Suka membuat keputusan sendiri.

     8. PENYELESAIAN

  • Biasanya masalah yang berlaku di kalangan pekerja ini akan diuruskan oleh Penyelia bagi setiap Jabatan dan penyelia perlu memaklumkan kepada pengurus

      9. KEKOSONGAN JAWATAN

  • Kekosongan jawatan di BDA ini adalah pada bahagian pengwal keselamatan dan juga pada bahagian memungut sampah.

      10. ETIKA BERKERJA
Pekerja akan diberi taklimat tentang etika pemakaian semasa berada di pejabat:-

  • Berpakaian sopan
  • Memakai baju batik (setiap hari khamis)
  • Dibenarkan memakai T-shirt atau uniform 5s pada setiap petang jika ada aktiviti yang dijalankan (pekerja pejabat sahaja).

        11. TINDAKAN DISIPLIN

  • Tindakan disiplin akan dikenakan jiika:
  • Tidak hadir bertugas (ordinan 7 hari berturut-turut)

Bagi kes disiplin ini maka penyelia akan mengambil tindakan disiplin dan mendengar alasan yang diberikan. Jika alasan yang diberikan adalah munasabah maka akan diterima dan hanya diberi amaran. Jika alasan yang diberikan tidak munasabah maka pekerja tersebut akan diberikan surat dan diberhentikan.


PENGALAMAN YANG DIKONGSI
Sepanjang beliau menjawat jawatan pengurus di bahagian sumber manusiia ini, sikap yang perlu ada adalah, kita mesti sentiasa:

  • Jujur
  • Bertanggungjawab
  • Pandai menyimpan rahsia
  • Bertahan untuk terima kritikan
  • Berintergriti dan
  • Professional


LAMPIRAN :










Rujukan:
www.bda.gov.my/
Puan Hajjah Maimunah (Pengurus Sumber Manusia)

By :S19263






Tuesday, 24 February 2015

PERBINDA [Perlesenan]

Temuramah bersama pegawai perlesenan (Perbinda)

Nama pegawai: Puan Jaihan binti Bujang



Sesi bergambar setelah menemuramah Puan Jaihan binti Bujang


Setelah membuat temubual bersama pegawai perlesenan, kami telah dapat beberapa maklumat yang boleh dikongsikan bersama. Antaranya ialah:

Dokumen-dokumen yang perlu ada sebelum membuat lesen perniagaan kecil-kecilan bagi setiap premis.
i)   Salinan IC
ii) 2 foto (saiz passport)
iii) Locality plan
- Bagaimana jalan untuk pergi ke premis menggunakan jalan besar
iv) Perjanjian jual beli/ kontrak (jika sewa daripada orang lain)
v)   Salinan dokumen berdaftar daripada pejabat daerah

Bayaran yang dikenakan kepada setiap premis

-          Premis makanan- RM 240.00/ setahun
-          Premis minuman- RM 240.00/ setahun
-          Premis gerai makanan- RM 180.00/ setahun

Sebagai contoh:-

- Kedai ‘Easy go Easy Drink’ dikenakan bayaran sebanyak RM 240.00
- Kedai Refa dikenakan bayaran sebanyak RM 660.00 setahun kerana mempunyai 3 perniagaan dalam 1 premis iaitu premis makanan, premis air, premis gerai makanan (roti canai)

*Bagi majlis besar-besaran seperti ‘festival laying-layang’, gerai akan diberi sewa dengan harga yang berbeza.

Notis pemberitahuan pembayaran
  1. Pihak perlesanan tidak akan memberi sebarang notis pembayaran kepada premis.
  2. Pihak premis perlu memberitahu pegawai perlesanan untuk menyatakan bahawa premis sudah tidak beroperasi.

*Tempoh sah lesen perniagaan adalah selama setahun sahaja.

  
Penggredan premis
  • Penggredan dinilai daripada kebersihan di dalam kedai terutamanya dari segi tandas dan dapur. Ia juga meliputi kebersihan di kawasan depan premis dan sekitar ruang dalaman premis.

Terdapat 3 gred yang dinilai iaitu gred A, gred B, dan gred C. Gred A merupakan yang paling baik antara yang lain.
Rampasan premis boleh berlaku disebabkan beberapa aspek iaitu:-

i)                    Kebersihan premis terlalu kotor
ii)                  Mengganggu ketenteraman awam
iii)                Menggunakan tanah hak milik orang lain


by: S 19650

Thursday, 5 February 2015

SUMBER MANUSIA ~ PASARAYA FARLEY

Tarikh: 31 January 2015
Tempat: Pasaraya Farley
Masa: 9.00 – 9.30 malam

Sesi temu bual bersama Mr. Sia

Ini merupakan gambar Pasaraya FARLEY



Temu bual pada kali ini adalah bagi membincangkan tentang sumber manusia atau Human Resource (HR).  Bagi pasaraya Farley ini, mereka menggunakan pendekatan seperti berikut untuk mencari pekerja:
  • Jika ada kekosongan di dalam setiap bahagian maka iklan berkaitan kerja berkenaan akan dikeluarkan dengan cara pengiklanan di surat khabar dan notis akan dilekatkan di dalm pasaraya itu sendiri.
  • Pasaraya ini jarang menggunakan pengiklanan menggunakan internet untuk mencari pekerja.

Menurut sumber yang ditemu bual pencarian setiap pekerja baru melibatkan banyak bahagian atau jabatan. Namun setipa jawatan yang ingin dipohon bagi setiap bahagian ianya perlu melalui peringkat sumber manusia terlebih dahulu sebelum diambil alih oleh bahagian atau jabatan yang berkaitan. Selain itu, kekosongan kerja yang ditawaran biasanya akan diisi atau dipenuhi oleh mereka yang bukan berasal dari daerah Bintulu ( biasanya luar dari Bintulu).

MASALAH
  1. Jika wujudnya masalah dikalangan para pekerja maka masalah tersebut akan dirujuk kepada manager bagi setiapa bahagian terlebih dahulu namun jika tiada penyelesaian di peringkat tersebut maka masalah tersebut akan di bawa ke peringkat atasan. 
  2. Jika masalah yang timbul di rujuk kepada pihak  atasan maka tindakan yang lebih keras akan diambil (masalah negative)  dan berkemungkinan pekerja tersebut akan :-
  • Di buang kerja,
  • Di gantung kerja,
  • Di potong gaji bulanan
GAJI
  1. RM 800 Sebulan (gaji biasa)
  2. RM 900 – RM 1000 sebulan (pretasi baik @ meningkat)

MASA BEKERJA
  1. Di pasaraya ini setiap pekerja berkerja mengikut :-
  • Peralihan (7.00  pagi - 2.30 petang) dan (2.30 petang - 10.00 malam) 
  • Pekerja pejabat (8.00 pagi - 5.00 petang)

SYARAT KELAYAKAN
  • Mempunyai kemahiran.
  • Mempunyai potensi ingin berkerja.

KEBAJIKAN YANG DISEDIAKAN
  1. Klinik panel  (jika berlaku masalah kesihatan)
  2. Kenderaan (untuk pergi dan pulang dari tempat kerja)
  3. SOCSO
  4. Cuti Sakit

PENGALAMAN YANG DIKONGSI

Menurut sumber lagi, pengalaman beliau semasa bekerja di bahagian Sumber Manusia (HR) ini,adalah kerjanya amat mencabar kerana perlu memahami setiap ragam manusi kerana setiap orang mempunyai fikiran atau cara yang berbeza dan katanya lagi kita perlu bertenang dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan perlu belajardari setiap kesilapan yang dilakukan.

Rujukan :
Mr. Sia

By: S19263