Friday, 30 January 2015

PERBINCANGAN AHLI KUMPULAN

Tarikh: 28 Januari 2015
Tempat: Kolej Kediaman 2 (KK2)
Masa: 2.30 –  3.30 Malam 


Pada perjumpaan ini kami telah membincangkan soalan yang akan di gunakan semasa temu bual berlangsung. Kami juga turut memilih  Pasaraya FARLEY sebagai lokasi temu bual yang berkaitan denga Sumber Manusia @ Human Resources (HR).



By: S19263

Thursday, 29 January 2015

KEWANGAN ~ AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) Bintulu

Tarikh: 26 January 2015 
Tempat: AIM Bintulu 
Masa: 10.30 –  11.30 pagi

Sesi temu bual bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)



Bersama kakitangan AIM


Nama Pegawai : Cik Siti Khadijah
Jawatan : Pegawai Eksekutif AIM



Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). AIM diurus tadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada pegawai kanan yang mewakili Kementerian Kewangan Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan beberapa individu yang dilantik atas dasar kapasiti peribadi.

Objektif
  • Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan mikro kredit untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
  • Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah.
  • Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.
Visi
  • Untuk menjadi institusi kewangan mikro yang diberkati,dinamik dan bertaraf dunia bagi membasmi kemiskinan serta meningkatkan kesejahteraan ummah. 
Misi
  1.  Menjadi sebuah institusi kewangan mikro yang kukuh, stabil, berdikari, dan lestari.
  2. Menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan mikro yang patuh syariah kepada isi rumah berpendapatan rendah.
  3. Menyedikan infrastruktur teknologi dan sistem sokongan terkini bagi penyampaian produk dan perkhidmatan.
  4. Memantapkan modal insan melalui penerapan budaya pembelajaran, keusahawanan dan inovasi yang berterusan.
  5. Memperkasa sosioekonomi komuniti AIM melalui ekosistem yang bersepadu sehingga mereka mampu mengeluarkan zakat, wakaf dan infaq.
  6. Meneroka pasaran kewangan mikro islam di peringkat serantau dan antarabangsa.
  7. Membina budaya sukarelawan dalam komuniti AIM.

Prosedur keahlian:
  1. Pemohon, setelah disahkan layak menyertai AIM,  perlu menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 5 orang sejantina yang tiada tali persaudaraan rapat, saling mempercayai satu sama lain dan bertanggungjawab.
  2. Kesemua ahli secara berkumpulan perlu mengikuti Proses Penurunan Kuasa (PPK) iaitu satu kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, 1 setengah jam sehari. PPK bertujuan memberi kefahaman tentang peraturan dan syarat-syarat AIM.
  3.  Setelah lulus Ujian Pengiktirafan Kumpulan iaitu satu ujian ringkas yang dijalankan di akhir proses PPK, semua ahli kumpulan perlu menyertai Pusat iaitu gabungan antara 2 hingga 12 kumpulan. Ahli Pusat atau le
  4. bih dikenali sebagai Sahabat akan bermesyuarat setiap minggu. Mesyuarat pusat diadakan di tempat awam seperti balai raya, surau atau balai yang dibina sendiri. Semua urus niaga AIM seperti permohonan,  penyerahan Modal pembiayaan, bayar balik serta kutipan simpanan wajib dan TKKS diadakan di mesyuarat pusat.
Simpanan  (Tabung Kumpulan)
  • Tabung Kumpulan diwujudkan untuk  membentuk sikap menabung di kalangan Sahabat. Setiap Sahabat diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM1.00 hingga RM15.00. Tabung Kumpulan penting untuk kegunaan semasa kecemasan dan kegunaan lain yang dibenarkan oleh ahli kumpulan.
Tabung Kebajikan & Kesejahteraan Sahabat (TKKS)
  • Tabung ini TKKS ditubuhkan untuk mengurangkan bebanan sahabat dan waris apabila menghadapi musibah. Tabung ini memberi manfaat meliputi khairat kematian, masuk wad, rawatan penyakit kronik, kemusnahan rumah dan projek akibat kebakaran atau bencana lain  serta sumbangan menunaikan ibadah haji. Sumber Tabung adalah daripada Sumbangan Sahabat RM2.00 sebulan, 1% sumbangan daripada pembiayaan ekonomi dan sumbangan tahunan AIM.

Syarat kelayakan menjadi Sahabat AIM:
  1. Taraf kewarganegaraan 
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
     2. Had Kelayakan Pendapatan
  •  Pendapatan isi rumah adalah RM 3,050 dan per kapita RM 610
     3.Had Nilaian Pemilikan Aset
  • Tanah bergeran di atas nama ketua isi rumah atau bakal Sahabat dengan keluasan tidak lebih dari 3 ekar,
  •  pemilik rumah sendiri dengan anggaran nilai tidak lebih RM 200,00.
  • pemilik kenderaan dengan anggaran nilai semasa sebuah kenderaan tidak melebihi RM 50,000.
           




                                    

Borang Melantik Wakil


Borang Skim Tabung Khairat Hutang


Sijil yang diterima AIM




sijil pengharagaan 

Sijil Penghargaan Cawangan Cemerlang AIM Bintulu 

Konklusinya, sepanjang proses temu bual yang kami jalankan di AIM ini kami dapati bahawa golongan yang ingin melakukan pinjaman atau menjadi Sahabat kepada AIM mestilah yang berpendapatan RM 3050.00 untuk tempoh sebulan dan perkapita sebanyak RM610.00. Selain itu, golongan yang terpilih untuk menjadi Sahabat AIM ini mestilah WANITA sahaja dan bukan pekerja kerajaan.


Seterusnya,  untuk Sahabat yang ingin memohon pembiayaan dari AIM ini mereka mestilah mempunyai projek atau perniagaan sendiri bagi mendapat kelulusan semasa proses permohonan pembiayaan itu dilakukan. Selain itu, AIM juga mempunyai pelagai skim yang akan membantu meringankan beban golongan yang berpendapatan sederhana.  AIM menawarkan 7 Skim dengan had tertinggi jumlah pembiayaan dan tempoh-tempoh bayaran seperti jadual di bawah :

Pembiayaan:

Untuk pengetahuan umum, AIM juga turut melakukan khidmat kaunseling jika berlaku penipuan, jika Sahabat mempunyai masalah berkenaan dengan projek atau perniagaan yang dijalakan.

Pamplet AIM :







Rujukan : 
By : S19263

Checked by: S19650


Monday, 26 January 2015

PERBINCANGAN AHLI KUMPULAN

Tarikh: 25 Januari 2015
Tempat: Kolej Kediaman 2 (KK2)
Masa: 12.30 –  1.30 petang 

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincankan lokasi temu bual yang seterusnya.



Pada perjumpaaan kali ini kami membincangkan tentang lokasi yang akan kami jalankan temu bual. Lokasi yang kami pili bagi menjalankan temu bual adalah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Temu bual yang akan dijalankan bersama pihak AIM adalah untuk bertanyakan dan mengetahui tentang Kewangan (Finance). 

By : S19263

Tuesday, 20 January 2015

OPERASI ~ PEJABAT RESIDEN (Bintulu)

Tarikh: 19 Jan 2015 
Tempat: Pejabat Residen (Bintulu)

Masa: 10.30 – 11.30 pagi
Prosedur Pendaftaran Perniagaan (Pejabat Residen)


Sesi temu bual bersama Pejabat Reasiden (Bintulu)


Nama Pegawai : Cik Nor Ain





PENGENALAN
Pejabat Residen Bintulu diwujudkan serentak dengan kenaikan taraf Daerah Bintulu dinaikkan taraf menjadi sebuah Bahagian dalam tahun 1987. Bahagian Bintulu merupakan Bahagian yang ke Sembilan dalam Negeri Sarawak. Bahagian Bintulu mempunyai dua buah Daerah iaitu Daerah Bintulu dan Daerah Tatau disamping sebuah Daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Sebauh.

VISI
"Enhancing the Quality of Life in Bintulu Division"

MISI
"Effectively Facilitating and Coordinating the People-Centric Projects, Programs and Services; and Industrial Development"


OBJEKTIF
Secara umum Pejabat Residen Bintulu komited untuk membangunkan sebuah Masyarakat Bintulu yang makmur dan sejahtera. Secara terperinci, kita bertekad untuk mencapai ojektif-objektif seperti berikut:

  • Menyediakan perkhidmatan pentadbiran dan berkanun yang cekap dan berkesan melalui Budaya Kerja Profesional dan Cemerlang;
  • Memupuk, mempertingkat dan mengekalkan perpaduan di antara kaum;
  • Membangun dan mengekalkan Bahagian Bintulu sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan negara;
  • Memastikan pencapaian pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang dan saksama di antara sektor ekonomi, daerah dan sosio-budaya penduduk di Bahagian Bintulu;
  • Memudahkan penyertaan golongan kurang upaya (disadvantage group) ke dalam arus pembangunan perdana; dan
  • Membangunkan dan mengekalkan Bintulu sebagai kawasan kediaman, berkerja dan beriadah yang sihat-sejahtera.

TAKRIF PERNIAGAAN
S.2 APP 1956 

  • mentakrifkan PERNIAGAAN sebagai… “setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesyen atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan” 


KEPERLUAN MENDAFTARKAN PERNIAGAAN
S.5(1) APP 1956 

  • Orang yang bertanggungjawab terhadap perniagaan hendaklah mendaftarkan perniagaan beliau dalam tempoh tidak lebih dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan itu. 

SEBAB-SEBAB PERNIAGAAN PERLU DIDAFTARKAN

1) DIPERAKUI SAH KEWUJUDANNYA MENURUT UNDANG UNDANG

a) Pemilik perniagaan akan menerima Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan dari Pendaftar Perniagaan SSM.
b) Ianya sebagai bukti muktamad yang sah dan diperakui oleh undang-undang.
c) Tanpa pendaftaran, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas peniaga / pemilik perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
d) S.5F(1) “Sijil pendaftaran yang mempunyai nombor pendaftaran, dan membawa nama pemohon atau nama perniagaan, yang dikeluarkan di bawah Akta ini oleh Pendaftar hendaklah menjadi bukti muktamad bahawa kesemua keperluan-keperluan duluan ini berkenaan dengan pendaftaran dan perkara-perkara duluan dan sampingan kepada pendaftaran itu telah pun dipatuhi, dan perniagaan yang dirujuk dalam sijil itu telah didaftarkan di bawah Akta ini”.


2) DAFTAR PERNIAGAAN SEBAGAI BUKTI KETERANGAN 
  1. Segala MAKLUMAT berkaitan dengan perniagaan seperti nama perniagaan, sifat perniagaan, tarikh permulaan perniagaan, alamat dan tempat perniagaan, berkenaan pemilik (milikan tunggal/ perkongsian) iaitu nama penuh, jawatan dan tarikh kemasukan dalam perniagaan akan direkodkan dalam daftar. 
  2. Maklumat ini adalah benar juga boleh dijadikan sebagai bukti bertulis. 
  • Seksyen 6(1) “Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata kemudian dari ini, jika dan selagi seseorang itu direkodkan di dalam mana-mana daftar sebagai seorang sekutuniaga, adalah menjadi keterangan terhadapnya atau seseorang yang menuntut melalui atau dibawahnya bahawa dia adalah seorang sekutuniaga melainkan dibuktikan bahawa orang itu bukanlah pada bila-bila masa yang matan seorang sekutuniaga kerana kesilapan bona fide, atau tanpa diketahuinya dan dengan cara memfraudkannya”.

3) HAK SEBAGAI PEMILIK 
  1. Sekiranya pemilik/salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, dan pada masa kematiannya telah direkodkan dalam daftar sebagai salah seorang ahli kongsi; maka pewaris, pentadbir/ mana-mana individu yang berhak terhadap harta pemilik yang meninggal dunia boleh membuat tuntutan ke atas hak individu yang meninggal dunia. 
  2. Sekiranya perniagaan tidak didaftarkan, maka butir-butir yang berkaitan tidak direkod, oleh itu perniagaan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan melalui guaman atau prosiding undang-undang lain. 

4) MEMBANTU AGENSI/JABATAN KERAJAAN LAIN MELAKSANAKAN FUNGSINYA 
  • Maklumat yang disimpan oleh SSM dapat membantu agensi penguatkuasaan lain menjalankan pemeriksaan terhadap perniagaan yang didaftarkan. Contoh, LHDN, KWSP, PERKESO, Pihak Berkuasa Tempatan dll. di bawah bidang kuasa masing masing. 


5) AKSES MAKLUMAT OLEH PIHAK AWAM 
  1. Membolehkan orang awam/mana-mana pihak yang berkepentingan ke atas sesuatu perniagaan menyemak dan mendapatkan maklumat perniagaan tersebut. 
  2.  Maklumat yang diperolehi boleh membantu mereka membuat keputusan perniagaan yang betul, membuka peluang perniagaan baru dan memperluaskan pasaran perniagaan. 
  3. Orang awam boleh mendapatkan salinan maklumat di mana-mana pejabat SSM dengan membayar harga yang telah ditetapkan. 

6) MELINDUNGI HAK PENGGUNA 
  1. Hak pengguna terhadap barang-barang dan perkhidmatan akan lebih terjamin dan dapat dilindungi. 
  2. Sekiranya terdapat sebarang kes penipuan atau penganiayaan, pengguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa dan juga SSM. 

7) SYARAT & PROSEDUR PERMOHOHAN
  1. Satu (1) orang pemohon untuk pendaftaran pemilikan tunggal dan sekurang-kurangnya 2 hingga maksimum 20 orang jika pemilikan secara perkongsian sahaja dibenarkan dan layak didaftarkan dan terbuka hanya kepada warganegara Malaysia atau penduduk tetap sahaja.Warganegara asing tidak dibenarkan sama sekali untuk tujuan pendaftaran perniagaan.
  2. Butir-butir peribadi setiap pemohon atau rakan kongsi pemohon seperti nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan.
  3. Pemohon mestilah dikalangan Warganegara Malaysia sahaja atau mempunyai status penduduk tetap dan mesti mempunyai alamat tempat tinggal di Malaysia.
  4. Pejabat Pendaftar Perniagaan tidak akan membuat pendaftaran bagi pemohon dari Sabah dan Sarawak kecuali pemohon mempunyai alamat tempat tinggal dan perniagaan di tempat selain dari negeri Sabah dan Sarawak.Pendaftaran sedemikian hendaklah di buat di di Majlis Daerah dalam Negeri permohon tersebut kerana ianya adalah diluar bidang kuasa Pendaftar Perniagaan. Pemohon dari Wilayah persekutuan Labuan dibenarkan mendaftar perniagaan di Semenanjung.
  5. Berumur 18 tahun ke atas
  6. Pastikan pemohon tidak memiliki apa-apa perniagaan yang berdaftar di Pejabat Pendaftar Perniagaan yang telah tamat tarikh luput.Proses penutupan atau pembaharuan perniagaan lama hendaklah terlebih dahulu dibuat bagi mengelakkan permohonan ditolak di Pejabat Pendaftar Perniagaan.
  7. Nama perniagaan yang dicadangkan mestilah sekurang-kurangnya 3 atau lebih.
  8. Huraian tentang aktiviti perniagaan hendaklah dijelaskan. 
SYARAT PERMOHONAN: 

  1. Bayaran deposit atau secara penuh diperlukan sekiranya anda ingin mendaftar perniagaan baru.
  2. Butir-butir dan maklumat peribadi setiap pemohon seperti nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan alamat kediaman serta lain-lain maklumat yang berkaitan seperti yang diminta didalam borang pendaftaran hendaklah dikemukakan didalam borang pendaftaran atau apa jua bentuk cara penyerahan maklumat mestilah sama seperti yang tercatit didokumen peribadi asal pemohon bagi tujuan mengelakkan kesulitan semasa pendaftaran.
  3. Mengisi borang pendaftaran perniagaan dengan lengkap dan tepat seperti di kad pengenalan atau passport.
  4. Proses pendaftaran perniagaan hanya akan dilakukan selepas pihak kami menerima salinan kad pengenalan pemohon dan setelah menerima bayaran baki atau penuh. 
Peringatan:- 

  • Sekiranya pihak pelanggan tidak menyertakan salinan kad pengenalan maka pihak kami tidak akan bertanggung jawap sekiranya berlaku kesilapan serta kecuaian pelanggan semasa mengisi borang permohonan sama ada dari segi ejaan atau no kad pengenalan.Kos akan ditanggung oleh Pihak pelanggan sepenuhnya.
  • Khidmat pos laju atau courier hendaklah ditanggung oleh pemohon sepenuhnya.   
8) MAKLUMAT AM 

  1. Proses carian nama perniagaan mengambil masa 14 hari waktu berkerja selepas serahan di kaunter carian nama perniagaan.
  2. Proses pendaftaran perniagaan mengambil masa 14 hari waktu berkerja selepas serahan di kaunter pendaftaran perniagaan.
  3. Pembukaan bank akaun boleh dibuat dengan membawa sijil asal serta salinan pendaftaran perniagaan dan maklumat pemilik bersama cop getah yang tertera nama perniagaan dan no pendaftaran perniagaan.

Sunday, 18 January 2015

PERBINCANGAN AHLI KUMPULAN

Tarikh: 17 Januari 2015
Tempat: Kolej Kediaman 2 (KK2)
Masa: 9.30 –  11.00 Malam

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincankan lokasi temu bual yang seterusnya dan membuat beberapa soalan bagi persedian sebelum sesi temu bual dijalankan. Padaperbincangan kali ini kami telah bersepakat untuk memilih Pejabat Residen sebagai lokasi temu bual berkaitan Pendaftaran Perniagaan.
Kami juga turut membincangan tentang permohonan carian nama syarikat:

PERMOHONAN CARIAN NAMA SYARIKAT
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

Akta Syarikat 1965 (Akta) memperuntukkan bahawa sebelum sebuah syarikat atau pertukaran namanya didaftarkan, nama atau nama baru yang dicadangkan bagi syarikat itu hendaklah terlebih dahulu diluluskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan atau Pendaftar Syarikat terlebih dahulu.

Peruntukan statutori terkandung di bawah seksyen 22 Akta yang memperuntukkan :

  1. Kecuali dengan kebenaran Menteri, sesebuah syarikat tidak boleh didaftarkan dengan nama yang, pada pendapat Pendaftar, tidak dikehendaki, atau suatu jenis nama, yang Menteri telah mengarahkan Pendaftar supaya tidak menerima untuk pendaftaran.
  2. Menteri hendaklah menyebabkan suatu arahan yang diberikan olehnya di subseksyen (1) diterbitkan dalam Warta.Warta Kerajaan Bil. 716 bertarikh 30 Januari 1997 dan Warta (Pindaan) bertarikh 11 Oktober 2001.
  3. Sesebuah syarikat hendaklah mempunyai perkataan “Berhad” atau singkatan “Bhd.” sebagai sebahagian dan di akhir nama syarikat itu.
  4. Sebuah syarikat persendirian hendaklah mempunyai perkataan “Sendirian” atau Singkatan “Sdn.” sebagai sebahagian dari namanya, dimasukkan sebelum perkataan “Berhad” atau sebelum singkatan “Bhd.” atau bagi syarikat tak berhad, pada akhir namanya.
  5. Adalah sah untuk menggunakan dan tiada perihal sebuah syarikat akan disifatkan tidak mencukupi atau tidak betul dengan sebab penggunaan

          (a) singkatan “Sdn.” sebagai ganti “Sendirian” yang terkandung dalam nama syarikat;
          (b) singkatan “Bhd.” sebagai ganti perkataan “Berhad” yang terkandung dalam nama syarikat;
           (c) mana-mana perkataan tersebut sebagai ganti singkatan yang sama yang terkandung dalam nama sebuah syarikat
     6.   Sebelum pendaftaran
           (a)     sebuah syarikat yang dicadangkan atau syarikat asing; atau
           (b)     pertukaran nama syarikat atau syarikat asing.

Pemohon pendaftaran hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan kepada Pendaftar suatu carian tentang sama ada nama yang dicadangkan bagi syarikat atau syarikat asing itu boleh digunakan atau untuk dirizabkan nama itu, jika boleh digunakan. Sila rujuk Warta Kerajaan Bil. 716 bertarikh 30 Januari 1997, Warta (Pindaan) bertarikh 11 Oktober 2001, Garis Panduan Menamakan Syarikat dan Panduan Permohonan Nama Syarikat.

Peruntukan yang sama yang terpakai bagi syarikat asing adalah subseksyen 341(1) Akta.
Berdasarkan peruntukan tersebut, dalam mempertimbangkan sesuatu permohonan nama syarikat, Pendaftar Syarikat adalah tertakluk kepada larangan atau sekatan berikut:

  • larangan-larangan mengenai penggunaan nama yang termasuk dibawah Arahan Menteri Warta Kerajaan Bil. 716 bertarikh 30 Januari 1997 dan Warta (Pindaan) bertarikh 11 Oktober 2001; dan
  • apa jua nama yang, pada pendapat Pendaftar, adalah tidak diingini (undesirable).

Rujukan :
http://www.ssm.com.my/


By: S19263

PEMASARAN ~ JABATAN PERTANIAN (BINTULU)

Tarikh: 15 Jan 2015 
Tempat: Jabatan Pertanian ( Bintulu) 
Masa: 8.00 – 9.45 pagi

Sesi temu bual bersama Jabatan Pertanian (Bintulu)




Nama Pegawai : Khairulnieza
Jawatan : Pegawai Perikanan di Jabatan Pertanian

VISI DAN MISI JABATAN PERTANIAN

VISI JABATAN PERTANIAN
Ke arah mewujudkan industri pertanian yang berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti, selamat dan mesra alam serta berorientasi eksport.


MISI JABATAN PERTANIAN

Memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian melalui pengamalan teknologi terkini dan khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran serta memastikan keselamatan sektor pertanian negara.

PERKHIDMATAN TERAS
*        Memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
*        Menguatkuasa akta-akta yang menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara dari ancaman perosak dan penyakit luar serta memudahkan perdagangan antarabangsa.

OBJEKTIF JABATAN PERTANIAN
·         Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang Pertanian khususnya tanaman makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara.
·         Membimbing dan mewujudkan  pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.
·         Mewujudkan kumpulan tenaga terlatih yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian.
·         Melindungi tanaman-tanaman (tanaman industri dan makanan) daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan kuarantin.
·         Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.

·         Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada dibawa keluar negara dan terancam pupus.

FUNGSI JABATAN PERTANIAN

·         Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya kepada pengusaha-pengusaha pertanian.
·         Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.
·         Membangunkan Sumber Maklumat Tanaman Makanan dan Tanah untuk kegunaan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.
·         Menjalankan latihan di Institut / Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.
·         Mengawalselia mutu bahan / benih tanaman negara
·         Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Mahluk Perosak 1974 untuk memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah yang berkualiti dan penggunaannya tidak akan mendatangkan  mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.
·         Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk mencegah kemasukkan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk memenuhi peraturan kuarantin negara pengimport.
·         Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1988 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesis-spesis Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan bahawa bahan-bahan tanaman dan janaplasma tidak terancam pupus.

·         Melaksanakan penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhn 2004 (Akta 634) untuk melindungi hak intelek bagi varieti-varieti tempatan seperti baka-baka yang baik terutama kelapa sawit, getah, koko, kelapa dan bunga-bungaan.  

·         Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan, penguatkuasaan dan perdagangan antarabangsa.

Semasa sesi temu bual dijalankan, Pegawai berkenaan memberitahu bahawa pemasaran ikan Tilapia di daerah Bintulu ini sangat tinggi namun bekalan ikan tilapia yang diperoleh adalah daripada Batang Air, Sri aman. Menurutnya lagi,Ikan tilapi ini sangat laris di pasaran Bintulu berbanding ikan air tawar yang lain.

Harga Produk (Ikan Tilapia)
Ikan tilapia mendapat permintaan yang tinggi dan pembekal yang banyak jadi harga ikan tilapia di Daerah Bintulu ini adalah dalam linkungan Rm10.00-RM15.00 per kg. Nmaun ia tetap bergantung kepada gred ikan itu sendiri. Bagi ikan tilapia ianya mempuyai tiga gred yang berbeza, iaitu GredA, Gred B dan Gred C.

Gred Ikan Tilapia :
1)      Gred A = RM10.00/kg
2)      Gred B = RM12.00/kg
3)      Gred C = RM15.00/kg


SENARAI HARGA IKAN RAKYAT (PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN - NEKMAT)

A) IKAN BASAH - (1KG)
NO.
JENIS IKAN
HARGA
1.
Kembung
RM 11.00
2.
Pelaling
RM 8.00
3.
Cencaru
RM 7.00
4.
Selayang
RM 8.00
5.
Selar
RM 9.00
6.
Kerisi
RM 10.00

B) IKAN DINGIN BEKU (FROZEN) - (1KG)
NO.
JENIS IKAN
HARGA
1.
Kembung
RM 8.00
2.
Selar
RM 7.00
3.
Cencaru
RM 6.00
4.
Pelaling
RM 6.50
5.
Selayang
RM 6.00
6.
Keli (Bersih)
RM 6.50
7.
Talapia Merah (Bersih)
RM 7.50

SENARAI HARGA DI PASAR TANI (LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN - FAMA)
HARGA PANDUAN 22 KOMODITI DI PASAR TANI PUTRAJAYA PADA 24 JANUARI 2014

Khidmat
Jabatan Pertanian juga turut melancarkan program seperti Program  Kursus Bimbingan Usahawan. Program ini bertujuan untuk mendedahkan cara atau teknik yang betul untuk pengurusan ikan Tilapia. Pelbagai program yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian antaranya: 
  • Seminar,
  • Bengkel,
  • Pembukaan Booths,


Selepas bimbingan itu, diberikan kepada setiap penternakan ikan, pihak Jabatan Pertanian akan datang memantau projek penternakan tersebut dari semsasa ke semasa bagi memastikan penternak berjaya dalam melaksanakan projek tersebut.Jabatan Pertanian juga akan memantau sehingga pendapatan mereka mencapai RM 3,000.00 sebulan. Hal ini kerana berikut merupakan sasaran pendapatan yang ditetapkan oleh kerajaan kepada petani dan penternak. Jika projek penternakan itu gagal maka jabatan pertanian akan terus memberi bantuan seperti motivasi dan kewangan supaya projek tersebut berjaya. Namun sebelum permohonan semula itu dilakukan Jabatan Pertanian akan memantau untuk mengetahui dan mengenalpasti masalah sebenar supaya tidak berlaku penipuan.

Di samping itu, Jabatan Pertanian turut memberi bantuan khidmat nasihat dan kawalan penyakit. Bagi pemohon yang menghadapi masalah.Jabatan Pertanian juga menyediakan perkhidmatan kursus setiap tahun, dimana kursus diadakan di (ATC) dan kursus asas diberikan mengikut seksyen. Kursus yang diberikan adalah secara percuma. Cara untuk mengikuti kursus yang disediakan adalah dengan mendaftar di pejabat Jabatan Pertanian. Kursus yang disediakan hanya boleh menampung seramai 20-30 orang.


Pinjaman
Jabatan Pertanian turut Rm 5000.00 untuk setiap penternakan ikan. Namun sebelum permohonan semula itu dilakukan Jabatan Pertanian akan memantau untuk mengetahui dan mengenalpasti masalah sebenar supaya tidak berlaku penipuan.

Seterusnya,untuk pengetahuan juga, jika penternak gagal untuk melaksanakan projek, penternak perlu mengisi borang untuk keluar atau menulis surat menyatakan bahawa mereka ingin berhenti untuk meneruskan projek

Rujukan :


  1. Encik Khairulnieza (Pegawai Perikanan di Jabatan Pertanian)
  2. http://www.doa.gov.my/

By : S19263

Friday, 16 January 2015

PERBINCANGAN AHLI KUMPULAN


Tarikh: 13 Januari 2015
Tempat: Kolej Kediaman 2 (KK2)
Masa: 9.30 –  10.30 Malam 
Perjumpaan ini bertujuan untuk membincankan lokasi temu bual yang seterusnya.

Temu bual seterusnya adalah berkaitan dengan pemasaran dan lokasi temu bual yang dipilih adalah Jabatan Pertanian. Pada perjumpan kali ini kami telah membincangkan soalan yang berkaitan dengan pemasaran. Antaranya berkaitan dengan pasaran sasaran ikan Tilapia.


By: S19263

Saturday, 10 January 2015

OPERASI ~ JABATAN PERIKANAN

Tarikh: 10 Januari 2015 (MINGGU KETUJUH)
Tempat: Kolej Kediaman 2 (KK2)
Masa: 10.00 – 10.30 pagi

Sesi temubual bersama Jabatan Perikanan (perbualan melalui telefon). Temubual ini dijalankan melalui perbualan telefon bersama Encik Hazizi (penolong pegawai pejabat Perikanan). Temubual ini dijalankan melalui telefon atas permintaan En. Hazizi sendiri. Selain itu, dalam temubual kali ini kumpulan kami lebih bertanyakan soalan yang berkaitan dengan penjagaan kolam seperti cara penternakan yang sesuai bagi ikan tilapia (operasi kolam) dan berkaitan bantuan yang diberikan kepada penternak akuakultur (kewangan/peralatan/lain-lain). Perkara pertama yang perlu ada untuk menjalankan penternakan ikan tilapia adalah sumber air bagi penyaluran air di dalam kolam. Sumber air ini adalah penting untuk memastikan tiada gangguan bekalan air yang akan berlaku semasa penternakan ikan tilapia dijalankan. Selain itu, sumber air juga penting untuk memastikan sumber air yang akan disalurkan memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan dalam penternakan ikan tilapia.

Kriteria air yang sesuai untuk penternakan ikan tilapia :-
 i. Suhu air = 20-35 darjah celcius
 ii. pH air = 6-8
iii. Oksigen terlarut = lebih dari 2.5 ppm
 iv. Karbon dioksida = kurang dari 2.5 ppm
 v. Ammonia = kurang dari 1.0 ppm
 vi. Kemasinan = 0-20 ppt

Menurut beliau juga sebelum penternakan ikan tilapia ini dijalankan, sampel air yang akan digunakan untuk penternakan ikan tilapia ini harus dihantar ke jabatan perikanan terlebih dahulu bagi memastikan sumber air yang digunakan adalah sesuai. Seterusnya, adalah proses penyediaan/pembinaan kolam. Bagi penternakan ikan tilapia, kedalaman kolam yang paling sesuai adalah antara 4 sehingga 5 kaki. Selain itu, menurutnya lagi sebelum air diisikan ke dalam kolam, permukaan kolam tersebut mestilah ditabur dengan kapur supaya dapat mengurangkan kadar keasidan tanah dan dapat meningkatkan pH air selain daripada dapat menghapuskan parasit yang terdapat pada permukaan kolam tersebut. Setelah permukaan kolam ditabur dengan kapur ianya akan dibiarkan dalam tempoh masa 2 minggu.

Seterusnya, proses penakungan air akan dijalankan dan benih ikan akan dilepaskan. Maka proses penternakan ikan tilapia dapatlah dijalankan. Disamping itu, kumpulan kami juga turut bertanyakan tentang bantuan yang diperuntukkan kepada penternak ikan akuakultur. Menurut En. Hazizi pejabat perikanan daerah ada menyediakan khidmat bantuan seperti bantuan khidmat nasihat dan teknikal dari semasa ke semasa. Selain itu, bantuan pinjaman peralatan untuk sistem ternakan juga turut disediakan.

Bantuan dari segi bekalan benih yang percuma turut disediakan namun menurut beliau bekalan benih yang percuma ini hanya diperuntukkan kepada penternak kecilan dan ianya hanya untuk pusingan kali pertama sahaja dan pejabat pertanian daerah (jabatan pertanian) turut menyediakan bantuan teknikal berkenaan dengan mutu air dan bantuan untuk pemilihan tapak yang sesuai. Menurut En. Hazizi juga bantuan dari sumber kewangan telah dihentikan atas sebab yang tertantu. (tidak dapat dikongsikan).

Rujukan:

  1. Encik Hazizi (Pegawai Perikanan)
  2. http://www.dof.gov.my/


By: S19263
Last checked by: S19650