Friday, 19 December 2014

ANALISIS SWOT

Tarikh: 18 Disember 2014 (MINGGU KEEMPAT)
Tempat: Kolej Kediaman (KK2)
Masa: 8.30 –  10.00 malam 
perjumpaan untuk membincangkan analisis SWOT
kehadiran : semua ahli kumpulan menghadirkan diri

untuk perjumpaan kami pada minggu ini. Kami telah berbincang mengenai analisis SWOT.

Apakah yang dimaksudkan dengan analisis SWOT ?

SWOT adalah salah satu cara untuk menganalisis sesebuah organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan organisasi  tersebut. Analisis ini dijalankan untuk mengetahuai tentang sesebuah organisasi untuk masa sekarang  dan analisis untuk masa-masa yang akan dating dengan mengenalpasti  faktor-faktor seperti berikut :-

         i.            Kekuatan
       ii.            Kelemahan
     iii.            Peluang 
      iv.             Ancaman

*Dengan kata lain ringkasan bagi S.W.O.T ini adalah:-
S-Strength
W-Weakness
O -Opportunities
T- Threat


                    i.            Kekuatan
Ø  Persolan yang biasanya terdapat dalam kekuatan:-
§  Apakah kelebihan yang terdapat pada produk kita berbanding produk yang lain?
§  Adakah kaedah pengedaran yang digunakan berkesan ?
§  Adakh sesebuah syarikat mendapat tempat di pasaran?

Ø  Kekuatan yang terdapat pada syarikat kami ( Oreochromis Enterprise)
§  Syarikat kami mempunyai daya maju dan daya saing yang tinggi untuk menghasilkan produk yang terbaik.
§  Lokasi yang strategic untuk menjalankan perniagaan.
§  Mempunyai idea perniagaan yang yang kreatif dan kritis.
§  Perancangan kewangan dan peribadi yang kukuh.
§  Mempunyai penrancangan dan pengurusan projek yang baik.
§  Menawarkan harga ikan yang berpatutan kepada pelanggan.


             ii.            kelemahan
Ø  Persoalan yang biasanya terdapat dalam kelemahan:-
§  Apakah syarikat/perniagaan mengalami masalah untuk memasarkan produk?
§  Adakah syarikat menghadapi masalah berkaitan kewangan?
§  Adakah syarikat tidak mempunyai teknologi untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi ?

Ø  Kelemahan yang ada pada syarikat kami ( Oreochromis Enterprise)
§   Masih belum dapat menyesuaikan perniagaan dengan perniagaan yang telah maju dan besar.
§  Sukar untuk mencari kolam/tempat bagi penternakan ikan tilapia yang sesuai.
§  Menggunakan kos yang tinggi pada permulaan projek. (kekurangan modal)

                    iii.            Peluang
Ø  Persoalan yang biasanya terdapat dalam peluang :-
§  Adakah perniagaan yang dijalankan mendapat permintaan dan tindak balas dari pelanggan?
§  Adakah organisasi perniagaan dapat meluaskan pasaran ?

Ø  Peluang yang ada pada syarikat kami (Oreochromis Enterprise)
§  Mendapat tindak balas yang positif daripada pelaggan dalam jangka masa yang singkat.
§  Dapat meluaskan perniagaan ke seluruh Malaysia.
§  Dapat menvariasikan jenis penjualan  ikan tilapia( penjualan benih ikan tilapia,penjualan semasa masih hidup dan penjualan sejuk beku)
§  Dapat menggunakan semua medium massa dan internet untuk tujuan pasaran.



     iv.            Ancaman
Ø  Persoalan yang biasanya terdapat dalam ancaman :-
§  Apakah masalah dan ancaman yang dihadapi dalam perniagaan ?
§  Apakah perniagaan mendapat ancaman/persaingan dari  perniagaan ikan tilapia yang sedia ada?

Ø  Ancaman yang ada pada syarikat kami ( Oreochromis Enterprise)
§  Merupakan pesaing baru dalam industry perniagaan ikan tilapia.
§  Mempunyai persaingan dengan para peniaga ikan tilapia yang sedia.
§  Mempunyai ancaman daripada manusia  disebabkan hasad dengki.

By: S19263

No comments:

Post a Comment