Tarikh: 08 Disember 2014 (MINGGU PERTAMA)
Tempat: Kolej Kediaman (KK2)
Masa: 8.00 – 10.30 pagi
Perjumpaan kali ini bagi membincangkan tentang latar belakang Syarikat
Perjumpaan kali ini bagi membincangkan tentang latar belakang Syarikat
kehadiran : semua ahli kumpulan menghadirkan diri
Pada perjumpaan kali ini, kumpulan kami telah mendapat
persetujuan untuk membuat produk ikan tilapia jadi kami telah berbincang
mengenai factor utama pemilihan ikan tilapia untuk tujuan perniagaan
kami. Seterusnya, kami juga turut mebincangkan
tentang logo syarikat yang bakal kami gunakan. Maklumat yang lebih teliti
adalah seperti dibawah :-
FAKTOR PEMILIHAN PERNIAGAAN (ikan Tilapia)
Ikan tilapia atau dikenali dengan nama saintifiknya
Oreochromis spp. merupakan ikan yang tahan lasak dan mudah untuk menghasilkan
anak benih ikan yang baru. Selain itu, ikan tilapia ini juga merupakan antara
ikan yang tahan lasak dan dapat menyesuaikan diri dalam beberapa keaadaan
air. Contohnya ikan Tilapia dapat mendiami pelbagai
kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula
dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik dan muara.
Seterusnya iakan tilapia juga merupakan antara ikan yang
menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia
(lihat akuakultur tilapia). Bukan itu sahaja malah ikan tilapia pada
masa kini turut mendapat permintaan yang tinggi di pasaran kerana harganya yang
berpatutan dan rasa ikannya yang enak apabila dimakan.
LATAR BELAKANG SYARIKAT
1) Jenis produk : Ikan
Tilapia
2) Nama perniagaan :
Oreochromis Enterprise
3) Jenis perniagaan :
Perniagaan Tunggal
*Definisi perniagaan tunggal
Perniagaan Perseorangan ialah entiti kepunyaan tunggal dan
adalah di bawah takluk Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Kebanyakkan daripada
perniagaan yang kita dapati di Malaysia terutama di luar bandar
adalah secara perseorangan dalam mana seseorang itu akan mengeluarkan modal
untuk perniagaannya.
4) Maklumat Am dan
Sayarat penubuhan :
Hanya 1 pemilik atau pemohon dibenarkan bagi tujuan
pendaftaran pemilikan secara tunggal dan layak dipohon oleh Warganegara
Malaysia atau penduduk tetap sahaja.
Warganegara Asing tidak dibenarkan sama sekali untuk
mendaftar perniagaan sama ada milik tunggal atau secara perkongsian.
Sila kemukakan maklumat lengkap serta butir-butir peribadi
pemohon seperti nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan dll seperti
yang diminta.
Pemohon mestilah mempunyai alamat tempat tinggal di
Malaysia.
Pihak kami tidak menerima permohonan pendaftaran bagi mereka
yang menetap dan ingin berniaga di Negeri Sabah atau Sarawak.Pendaftaran yang
melibatkan kedua negeri ini hanya boleh dilakukan di Pejabat Cawangan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Negeri tersebut.
Pihak kami menerima pendaftaran bagi pemohon dari Wilayah
Persekutuan Labuan.
Berumur 18 tahun ke atas.
Pastikan pemohon tidak memiliki apa-apa perniagaan yang
berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang telah tamat tempoh.Proses
penutupan atau pembaharuan perniagaan lama hendaklah terlebih dahulu dilakukan
bagi membolehkan permohonan baru perniagaan diwujudkan.
Nama perniagaan yang dicadangkan mestilah sekurang-kurangnya
3 atau lebih.
Huraian tentang aktiviti serta jenis perniagaan hendaklah
dikemukakan.
5) Syarat permohonan:
Jenis pendaftaran : Bayaran deposit sebanyak RM200.00
atau secara penuh diperlukan sekiranya anda ingin mendaftar perniagaan baru.
Melengkapkan maklumat seperti yang diminta kedalam borang
pendaftaran dengan memberi butir-butir serta maklumat peribadi setiap pemohon
seperti nama penuh, tarikh lahir, nombor kad pengenalan alamat kediaman serta
lain-lain maklumat yang berkaitan.Maklumat mestilah sama seperti yang tercatit
didokumen peribadi asal pemohon (Kad Pengenalan). sekiranya berlaku kesilapan
serta kecuaian pelanggan semasa mengisi borang permohonan sama ada dari segi
ejaan atau No Kad Pengenalan.Kos akan ditanggung oleh Pihak pelanggan
sepenuhnya.
Proses pendaftaran perniagaan hanya akan dilakukan selepas
pihak kami menerima salinan kad pengenalan pemohon dan setelah menerima bayaran
deposit atau bayaran penuh.
6) Maklumat Am :-
Proses carian nama perniagaan mengambil masa 14 hari waktu
berkerja selepas serahan borang carian nama perniagaan dilakukan.
Proses pendaftaran perniagaan mengambil masa 14 hari waktu
berkerja selepas serahan borang
Proses untuk membuka akaun bank boleh dilakukan sejurus
sijil perniagaan diterima oleh pemohon dengan membawa sijil asal perniagaan
serta salinan sijil perniagaan serta maklumat pemilik (rakan kongsi) bersama
cop getah yang tertera nama perniagaan dan no pendaftaran perniagaan.
7) Jenis pendaftaran :
seksyen 4, Akta pendaftaran perniagaan 1956
Untuk maklumat semua Syarikat kami telah ditubuhkan pada
bulan Disember yang terletak di Bahagian Bintulu. Syarikat kami menghasilkan
produk yang mempunyai mutu yang berkualiti tinggi dan sangat laris dipasaran
tempatan dan luar daerah bintulu.
Kami membuat keputusan untuk memilih ikan tilapia sebagai
produk setelah mendapat sokongan majoriti daripada mesyuarat bersama
pegawai-pegawai atasan. Hal ini kerana produk ikan tilapia mendapat permintaan
yang tinggi dipasaran tempatan.
Syarikat kami mementingkan kualiti setiap produk yang
dihasilkan supaya sentiasa mendapat kepercayaan daripada pelanggan-pelanggan
yang berurusan dengan kami. Oleh itu, syarikat kami perlu bersaing dengan
peniaga kecil-kecilan supaya mendapat perhatian daripada penduduk tempatan.
Kepercayaan pelanggan terhadap produk yang kami hasilkan
membuatkan produk kami akan terus dibeli oleh pelanggan dan secara tidak
langsung dapat peroleh pelanggan yang terus membeli produk yang syarikat kami
hasilkan.
By: S19263
By: S19263
No comments:
Post a Comment