Sunday, 21 December 2014

PERBINCANGAN AHLI KUMPULAN

Tarikh: 21 Disember 2014 (MINGGU KELIMA)
Tempat: Kolej Kediaman (KK2)
Masa: 10.30 –  1.00 Petang

Perjumpaan kali ini bagi membincangkan soalan yang akan ditanyakan kepada penternak ikan tilapia
kehadiran : Ainatul Husna, Shahdhuan, 'Afif, Awang Musa dan Azman.

Untuk perjumpaan ahli kumpulan kami pada hari ini adalah untuk membincangkan soalan yang akan ditanya kepada penternak ikan tilapia yang akan ditemu bual pada hari pada hari selasa bertarikh 23/12/14 bertempat di batu kurau, Taiping, Perak.

Kami telah membahagi soalan kepada beberapa bahagian iaitu bahagian sumber manusia, operasi, pemasaran,pengurusan dan kewangan. soalan ini dibahagikan supaya dapat memudahkan tugasan bagi temu bual yang bakal dijalankan.

Semua soalan yang telah disiapkan telah akan dikumpulkan dan diberikan kepada seorang wakil kumpulan kami yang akan menemu bual penternak ikan tilapia tersebut.



Bahagian soalan yang difokuskan adalah dari segi:-

1. Operasi

Jabatan pertanian bahagian Bintulu
Jabatan pertanian Bahagian Tatau
kolam ternakan ikan tilapia di tatau
Jabatan perikanan Taiping, Perak

2. Kewangan

*Agro bank
*TEKUN
*MARA

3. Pemasaran

*Nina Bakery
*Penternak ikan tilapia
*MDS

4. Sumber Manusia

*penternak ikan Tilapia di Taiping, Perak
*MDS
*J & J Bakery

By: S19263


No comments:

Post a Comment