Tuesday, 23 December 2014

RANCANGAN PERNIAGAAN IKAN TILAPIA (BERSAMA PENGUSAHA TILAPIA)

Tarikh: 23 Disember 2014 (MINGGU KEENAM)
Tempat: bengkel kereta ( Taiping, Perak)
Masa: 10.00 –  12.30 petang 
Sesi temu bual bersama pengusaha ikan tilapia.

1)      Biodata

*      Nama: Ismail Bin Ali
*      Pekerjaan: Mekanik (mempunyai bengkel sendiri)
*      Asal: Batu Kurau, Taiping Perak
*      Kelayakan pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
*      Mutu Hidup (Prinsip Hidup): Jangan mengundur sebelum mencuba !!!
*      Hasil pertanian: Ikan tilapia
*      Maklumat terkini: Mempunyai bengkel kereta sendiri disamping menjadi pengusaha ikan tilapia untuk memperoleh pendapatan sampingan.


Latar belakang penternak ikan tilapia.

Sebelum memulakan penternakan ikan tilapia ini, en Ismail  telah bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di Meru Klang. Namun, selepas  mempunyai pengalaman yang diperoleh hasil dari pekerjaannya dengan bengkel tersebut beliau telah berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya di Taiping untuk membuka bengkel kenderaan sendiri. selain itu, bagi memperoleh pendapatan sampingan yang lumayan beliau telah membuka sebuah kawasan yang berhampiran dengan rumahnya untuk menternak dan menjual ikan tilapia tersebut. beliau telah membina dua buah kolam  untuk menternak ikan tilapia bagi proses penjualan.  pada permulaan perniagaan ikan tilapia ini , En. Ismail telah mengeluarkan modal permulaan sebanyak RM 20,000 untuk pembinaan kolam, pembelian benih ikan tilapia dan  termasuk seluruh kos penyelanggaraan. kos ini adalah hanya untuk buah kolam. matlamat beliau menjalankan perniagaan ini kerana pada masa kini ikan tilpia sangat mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan ikan tilapi ini juga dapat menghasilkan benih ikan yang baru dan akan menjimatkan modal untuk membeli benih ikan tilapia yang lain.


2)      Sumber Manusia (HR)

tidak banyak maklumat yang kami perolehi mengenai sumber manusia ini kerana perniagaan ini dijalankan secara persendirian dan tidak menggunakan tenaga buruh tetapi menggunakan teknologi mesin untuk menggantikan tenaga buruh.  tetapi En. ismail turut menceritakan tentang pengiklanan yang digunakan supaya produk ikan tilapianya mendapat tempat dihati pengguna. antara caranya adalah dengan pergi ke restoran-reatoran dan menggunakan kemudahan ineternet  dan pengiklanan melalui banner dan penyampaian dari mulut ke mulut.selin itu, encik ismail juga turut mennceritakan tentang bagaimana cara beliaun untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan iaitu dengan menjual produk yang mengikut kehendak pelanggan.

3)      Operasi 

sebelum menjalankan penternakan tilapia ini En. ismail telah mengikuti beberapa kursus yang telah ditawarkan oleh sebuah syarikat swasta kepada petani kecil-kecilan.selain itu, menurut beliau semasa tahun 2012 dan ke bawah semasa beliau menjalakan penternakan ikan tilapia ini beliau mendapat elaun galakan daripada Jabatan perikanan. Namun pada tahun 2013 elaun yang diberikan oleh jabatan perikanan kepada pengusaha ikan akuakultur telah dimansuhkan atas alasan yang tidak diketahui. sebelum elaun galakan ini dimansuhkan, menurut En. ismail setiap pengusaha yang menternak ikan akuakultur akan mendapat elaun sebanyak RM 500 bagi setiap setengah tan ikan yang diperoleh.
seterusnya, menurut beliau juga Jabatan perikanan turut mengambil sampel air untuk mengetahui sama ada air yang digunakan untuk penternakan ikan akuakultur itu sesuai dengan pH atau tidak. 

I) Produk

Untuk perniagaan ikan tilapia ini , En. ismail amat mementingkan kualiti produk ikan yang dikeluarkan supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan. antara langkah yang dilaksanakan untuk mengekalkan kualiti produk ikan tilapia yang dihasilkan beliau akan memberi makanan sebanyak 2 kali sehari sebanyak 20 kg. selain itu en ismail juga turut menjaga persekitaran di kawasan kolam selain memastikan makanan yang diberikan kepada ikan adalah makanan ikan yang bersih dan bukan makanan yang terlarang supaya dapat meyakinkan pelanggan untuk membeli produk ikan tilapianya.Selain itu beliau juga turut melakukan servis tambahan seperti membuang sisa yang terdapt di dalam perut ikan (ikan yang telah diproses) supaya dapat menarik pelanggan untuk membeli produknya.

          
ii)  Harga 
beliau mengatakan harga yang diletakkan adalah berdasarkan harga semasa ikan tilapia dan juga turut berdasarkan harga-harga pesaing. menurut beliau lagi sebelum proses penjualan ikan tilapia dilakukan beliau akan melakukan kaji selidik mengenai harga ikan tilapia.selain itu, harga ikan tilapia ini juga turut bergantung kepada gred ikan yang dihasilkan. setiap ikan tilapia ini mempunyai tiga gred iaitu Gred A, Gred B, dan Gred C. bagi kan tilapia gred A harganya adalah RM 8.00/kg. bagi Gred B pula harganya adalah RM 6.00/kg dan bagi Gred C pula harnya adalah RM4.00/kg. di samping itu, beliau juga turut mengatakan bahawa harga bagi gred ini juga bergantung kepada orang tengah jika kita menggunakan orang tengah untuk memasarkan produk kita. namun menurut beliau lagi jika kita mahuka keuntungan yang lebih tinggi adalah lebih baik jika kita memasarkan sendiri produk ikan tilapia tersebut. tambahannya lagi ikan tilapia ini akan mendapat permintaan yang tinggi dan harga yang tinggi pada musim tengkujuh kerana pada waktu nelayan akan sukar untuk turun ke laut.

iii)  Tempat
bagi penjual ikan keli ini En ismail menjualnya sendiri tetapi adakalanya beliau turut  menggunakan orang tengah untuk memasarkan produk ikan tilapainya. bagi encik ismail beliau lebih gemar memasarkan sendiri produk ikan tilapianya untuk memperoleh hasil yang lebih lumyan. seterusnya, beliau lebih menfokuskan penjualan ini ke tempat-tempat seperti restoran dan pasar-pasar yang berdekatan dengan rumahnya.

iv) Promosi
menurut En. ismail dia akan membuat promosi ketika pembersihan kolam dijalankan bagi mengosongkan kolam ikan tersebut dan semasa benih ikan yang baru diperoleh daripada pihak pembekal. promosi ini akan dijalankan oleh pihak FAMA selepas En. Ismail menjual ikan tilapia tersebut kepada pihak FAMA.

4)      kewangan

 Suntikan modal untuk memulakan perniagaan ini adalah menggunakan modal sendiri dan turut memperoleh elaun galakan daripada Jabatan Perikanan pada tahun 2012 dan ke bawah. Namun, pada masa kini elaun galakan tersebut telah dihentikan. elaun galakan yang pada mulanya diberikan oleh jabatan Perikanan adalah sebayak RM500.00 bagi setiap setengah tan ikan yang diperoleh.

By: S19263


No comments:

Post a Comment