Tarikh: 23 Disember 2014 (MINGGU KEENAM)
Tempat: bengkel kereta ( Taiping,
Perak)
Masa: 10.00 – 12.30
petang
Sesi temu bual bersama pengusaha
ikan tilapia.
1) Biodata
Nama: Ismail Bin Ali
Pekerjaan: Mekanik (mempunyai bengkel sendiri)
Asal: Batu Kurau, Taiping Perak
Kelayakan pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)
Mutu Hidup (Prinsip Hidup): Jangan mengundur
sebelum mencuba !!!
Hasil pertanian: Ikan tilapia
Maklumat terkini: Mempunyai bengkel kereta
sendiri disamping menjadi pengusaha ikan tilapia untuk memperoleh pendapatan
sampingan.
Latar belakang penternak ikan tilapia.
Sebelum memulakan penternakan
ikan tilapia ini, en Ismail telah bekerja sebagai mekanik di sebuah
bengkel di Meru Klang. Namun, selepas mempunyai pengalaman yang diperoleh
hasil dari pekerjaannya dengan bengkel tersebut beliau telah berhasrat untuk
pulang ke kampung halamannya di Taiping untuk membuka bengkel kenderaan
sendiri. selain itu, bagi memperoleh pendapatan sampingan yang lumayan beliau telah
membuka sebuah kawasan yang berhampiran dengan rumahnya untuk menternak dan
menjual ikan tilapia tersebut. beliau telah membina dua buah kolam untuk
menternak ikan tilapia bagi proses penjualan. pada permulaan perniagaan
ikan tilapia ini , En. Ismail telah mengeluarkan modal permulaan sebanyak RM
20,000 untuk pembinaan kolam, pembelian benih ikan tilapia dan termasuk
seluruh kos penyelanggaraan. kos ini adalah hanya untuk buah kolam. matlamat
beliau menjalankan perniagaan ini kerana pada masa kini ikan tilpia sangat
mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan ikan tilapi ini juga dapat
menghasilkan benih ikan yang baru dan akan menjimatkan modal untuk membeli
benih ikan tilapia yang lain.
2) Sumber Manusia (HR)
tidak banyak maklumat yang kami
perolehi mengenai sumber manusia ini kerana perniagaan ini dijalankan secara
persendirian dan tidak menggunakan tenaga buruh tetapi menggunakan teknologi
mesin untuk menggantikan tenaga buruh. tetapi En. ismail turut menceritakan
tentang pengiklanan yang digunakan supaya produk ikan tilapianya mendapat
tempat dihati pengguna. antara caranya adalah dengan pergi ke restoran-reatoran
dan menggunakan kemudahan ineternet dan pengiklanan melalui banner dan
penyampaian dari mulut ke mulut.selin itu, encik ismail juga turut
mennceritakan tentang bagaimana cara beliaun untuk mengekalkan hubungan dengan
pelanggan iaitu dengan menjual produk yang mengikut kehendak pelanggan.
3) Operasi
sebelum menjalankan penternakan
tilapia ini En. ismail telah mengikuti beberapa kursus yang telah ditawarkan
oleh sebuah syarikat swasta kepada petani kecil-kecilan.selain itu, menurut
beliau semasa tahun 2012 dan ke bawah semasa beliau menjalakan penternakan ikan
tilapia ini beliau mendapat elaun galakan daripada Jabatan perikanan. Namun
pada tahun 2013 elaun yang diberikan oleh jabatan perikanan kepada pengusaha
ikan akuakultur telah dimansuhkan atas alasan yang tidak diketahui. sebelum
elaun galakan ini dimansuhkan, menurut En. ismail setiap pengusaha yang
menternak ikan akuakultur akan mendapat elaun sebanyak RM 500 bagi setiap
setengah tan ikan yang diperoleh.
seterusnya, menurut beliau juga
Jabatan perikanan turut mengambil sampel air untuk mengetahui sama ada air yang
digunakan untuk penternakan ikan akuakultur itu sesuai dengan pH atau
tidak.
I) Produk
Untuk perniagaan ikan tilapia ini
, En. ismail amat mementingkan kualiti produk ikan yang dikeluarkan supaya
dapat memenuhi kehendak pelanggan. antara langkah yang dilaksanakan untuk
mengekalkan kualiti produk ikan tilapia yang dihasilkan beliau akan memberi
makanan sebanyak 2 kali sehari sebanyak 20 kg. selain itu en ismail juga turut
menjaga persekitaran di kawasan kolam selain memastikan makanan yang diberikan
kepada ikan adalah makanan ikan yang bersih dan bukan makanan yang terlarang
supaya dapat meyakinkan pelanggan untuk membeli produk ikan tilapianya.Selain
itu beliau juga turut melakukan servis tambahan seperti membuang sisa yang
terdapt di dalam perut ikan (ikan yang telah diproses) supaya dapat menarik
pelanggan untuk membeli produknya.
ii) Harga
beliau mengatakan harga yang
diletakkan adalah berdasarkan harga semasa ikan tilapia dan juga turut
berdasarkan harga-harga pesaing. menurut beliau lagi sebelum proses penjualan
ikan tilapia dilakukan beliau akan melakukan kaji selidik mengenai harga ikan
tilapia.selain itu, harga ikan tilapia ini juga turut bergantung kepada gred
ikan yang dihasilkan. setiap ikan tilapia ini mempunyai tiga gred iaitu Gred A,
Gred B, dan Gred C. bagi kan tilapia gred A harganya adalah RM 8.00/kg. bagi
Gred B pula harganya adalah RM 6.00/kg dan bagi Gred C pula harnya adalah
RM4.00/kg. di samping itu, beliau juga turut mengatakan bahawa harga bagi gred
ini juga bergantung kepada orang tengah jika kita menggunakan orang tengah
untuk memasarkan produk kita. namun menurut beliau lagi jika kita mahuka
keuntungan yang lebih tinggi adalah lebih baik jika kita memasarkan sendiri
produk ikan tilapia tersebut. tambahannya lagi ikan tilapia ini akan mendapat
permintaan yang tinggi dan harga yang tinggi pada musim tengkujuh kerana pada
waktu nelayan akan sukar untuk turun ke laut.
iii) Tempat
bagi penjual ikan keli ini En
ismail menjualnya sendiri tetapi adakalanya beliau turut menggunakan
orang tengah untuk memasarkan produk ikan tilapainya. bagi encik ismail beliau
lebih gemar memasarkan sendiri produk ikan tilapianya untuk memperoleh hasil
yang lebih lumyan. seterusnya, beliau lebih menfokuskan penjualan ini ke
tempat-tempat seperti restoran dan pasar-pasar yang berdekatan dengan rumahnya.
iv) Promosi
menurut En. ismail dia akan
membuat promosi ketika pembersihan kolam dijalankan bagi mengosongkan kolam
ikan tersebut dan semasa benih ikan yang baru diperoleh daripada pihak
pembekal. promosi ini akan dijalankan oleh pihak FAMA selepas En. Ismail
menjual ikan tilapia tersebut kepada pihak FAMA.
4) kewangan
Suntikan modal untuk
memulakan perniagaan ini adalah menggunakan modal sendiri dan turut memperoleh
elaun galakan daripada Jabatan Perikanan pada tahun 2012 dan ke bawah. Namun,
pada masa kini elaun galakan tersebut telah dihentikan. elaun galakan yang pada
mulanya diberikan oleh jabatan Perikanan adalah sebayak RM500.00 bagi setiap
setengah tan ikan yang diperoleh.
By: S19263
By: S19263