Thursday, 27 November 2014

PERBINCANGAN AHLI KUMPULAN

PERJUMPAAN PERTAMA

Tarikh : 26/11/2014 (MINGGU PERTAMA)
Perjumpaan pertama untuk pemilihan tajuk projek
Tempat : pusat pelajar (PP)
Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi

Perjumpaan pada kali ini adalah bagi membincangkan tajuk yang bakal kami pilih ( berkaitan dengan pertanian dan makanan) untuk menjalankan tugasan yang telah diberi. Antara tajuk yang menjadi  pilihan kumpalan kami adalah :-

1)      Ikan tilapia
2)      Ikan siakap
3)      Cendawan

Pilihan pertama kami adalah ikan tilapia kerana ikan tilapia merupakan sumber protein bagi masyarakat di sini dan ianya merupakan hasil perbincangan kumpulan kami bersama Prof. Dr Joseph Bong. Beliau berpendapat bahawa ikan tilapia sangat sesuai untuk tugasan kami dan mudah untuk didapati kerana beliau mempunyai rakan yang menjalankan penternakan ikan tilapia ini dan turut mengenali beberapa penternak tilapia di kawasan Bintulu ini.

Justeru,  hasil daripada perbincangan bersama beliau dan mendapat persetujuaan dari semua ahli kumpulan kami semua telah bersepakat untuk memilih ikan tilapia sebagai tajuk yang pertama bagi tugasan ini.

selain itu, pada perjumpaan kali ini juga kumpulan kami telah membahagikan tugas bagi setiap ahli kumpulan. pembahagian ini dijalankan bagi memudahkan setiap tugasan dan supaya setiap tugasan dapat dijalankan dengan sempurna. pembahagian tugas bagi kumpulan kami adalah seperti berikut :-

ketua : Awang Musa Bin Awang Sapar
Setiausaha : Aida Rafidah Binti Zainuddin
pengurusan : Muhammad 'Afif Bin Ahmad Rosdi
Pemasaran Muhamd Fitri Bin Ahmad Zamri
Sumber Manusia (HR) : Ainatul Husna Binti Ahmad Azuddin
Kewangan ; Azman Bin Sabarudin
Blog : Shahdhuan Alwi Bin Sukor